Khamis, 20 September 2012

PINDAH!

   Dengan ini aku mengumumkan bahawa blog ini telah berpindah ke tempat baru.
                                                   
                               http://www.syafiqrahim.com/

  Aku jugak ingin berterima kasih kepada semua pembaca (ada ke?kah kah kah) yang telah meluangkan masa melawat S.R's BLOG ketika di bawah empayar blogspot. Semoga korang semua sudi melawat rumah baru pulak ye.
 
  Harapnya bila aku dah berhijrah ni membuatkan aku semakin rajin la mengupdatenya dengan repekan yang dapat memberi manafaat kepada semua.

P/s ; blogspot ni akan jadi muzium je..hehehe

Rabu, 19 September 2012

-DALAM PROSES-

   Buat masa ni blog aku dalam proses berpindah ke rumah baru. Seperti yang aku cakap hari tu, S.R's blog akan menggunakan dot com walaupun blog ni bukannye ade pembaca tetap pon..kahkahkah. Aku leburkan lebihan duit raya yang tak seberapa untuk setup dot com ni.

   Tujuan aku setup dot com ni bukan lah nak bercita-cita tinggi sangat sebab aku tau aku ni takde la pandai mane mengarang blog ni. Ia lebih kepada kepuasan atau pun ke'klimaks'an diri sendiri sahaja.

   Untuk jangka masa setahun ni syafiqrahim.com akan menjadi rumah persinggahan tetap untuk S.R's blog ni. Just nak tengok apa impaknya daripada hijrah ke dot com ni. Kalau impak bagus dan ada bajet akan diteruskan untuk jangka masa panjang.

   Apa-apa pun kalau ade sesape yang nak bace apa yang direpekkan oleh aku, boleh la klik SINI untuk dibawa ke rumah baru.

P/s; Pening jugak ye setup sendiri

Rabu, 29 Ogos 2012

Blogspot ke dot com

 
  Aku ade jugak pasang niat untuk bertukar dari blogspot ke dot com ni. Kenapa aku pasang niat nak bertukar ke dot com? Saj-saje je sebenarnye. Macam best je ade dot com sendiri ni. Untuk bertukar ni kene la survey apa yang patut.

  syafiqrahim.com menjadi pilihan sekiranya aku bertukar ke dot com nanti. Amacam ok tak address tu? Harapnya syafiq rahim yang lain di luar sana tu belom ambik lagi la ye address tu. bagi la chance kat syafiq rahim yang satu ni.

   Lagi satu yang nak kena fikir macam mana nak setting baru apabila berpindah nanti. Aku ade jugak buat research skit-skit pasal benda ni. Dari setting FTP hingga lah setting layout yang baru. Kalau sesape yang ade follower yang ramai tu memang sayang nak bertukar takut-takut follower hilang pulak nanti. Begitu jugak kepada yang ada earning nuffnang yang beriban tu. Bertukar ke dot com ni maybe ade efek kat jumlah trafik blog mereka dan menjejaskan earning mereka.
 
    Untuk aku yang tak seberapa nak ade follower dan tak berapa nak ade earning ni maybe tak ada masalah sangat kot. ha ha ha. Ok la. nanti bila aku da decide nak berpindah mesti la kena heboh-heboh kan ye tak?

p/s : cool ke ade domain sendiri?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...