Khamis, 28 April 2011

Kepala vs. Buntut, korang mana dulu?

Perhatian : Ini Bukan entry lucah

Hari ni aku nak cite skit pasal kepala vs. buntut.. Tapi sebelum tu aku nak terangkan kepala vs. buntut ni adalah untuk cara korang parking kereta tak kira la kat shopping complex punya carpark ataupun mana-mana carpark yang ada kat Malaysia ni ni..hehe Parking kepala dulu ni ialah parking dengan bahagian depan kereta dulu masuk tempat parking tu. Manakala parking buntut dulu ialah parking secara mengundur dan bahagian belakang kereta yang masuk dulu parking lot.

Mase aku mula-mula bawak kereta aku memang suka parking kepala dulu kerana cara ini lebih cepat dan menjimatkan masa tanpa menggunakan skill-skill yang tertentu. Tapi antara kekurangan cara parking ni kemungkinan untuk parking secara senget agak tinggi ( betul ke? Ni pengalaman aku la ye...hehe)

*Parking kepala*
Namun semasa aku bertapa kat Jepun selama 4 tahun, rakyat negara itu lebih gemar parking buntut dulu. Aku try tanye diorang kenapa tak parking kepala dulu sebab cara tu lebih mudah dan cepat. Diorang menjawab secara angkuhnya parking buntut dulu lebih bagus kerana lebih mudah bila mau blah dari parking nanti bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Alangkah terkejutnya aku bila dengar diorang cakap macam tu....( ok yang ni aku tipu..hehe) Sejak dari itu aku mempraktikkan parking buntut dulu.. Mula-mula memang leceh tapi bak kata pepatah orang putih plak 'Practice make perfect'. Aku berjaya menguasai skil tersebut dengan jayanya.

*Parking buntut*
Bila aku balik Malaysia aku trus meneruskan parking buntut dulu ni. Ada jugak la peristiwa kelakor ketika parking cara ni. Yela untuk parking cara ni mesti la kene melewati parking lot yang kita nak parking tu kan...Tapi ada pulak satu mamat yang ikut blakang aku nak berebut parking tu dan claim aku da terlepas parking lot tu WTF....memang kampung abis la mamat tu wa cakap sama lu...So apa pilihan korang semua? Kepala atau Buntut?

P/S - Parking side memang aku fail dari dulu sampai sekarang.

9 ulasan:

  1. kt sesetengah company besar mcm mcm syarikat carigali minyak, diaorang pun mmg wajibkan kereta parking bontot atas dasar keselamatan. Kalau berlaku kebakaran ape2 ke senang nk keluar terus. and miera pun suke parking bontot dulu actually. lebih kemas. :)

    BalasPadam
  2. hahah aku lg terrer la parking side dr kauu yeahh~~ :P

    BalasPadam
  3. i prefer bontot..haha...yg berebut parking i penah kena...punya la lama tunggu tiba2 bila keta tu dah keluar senang2 je sorang pakcik ni masuk terus parking..terkedu sebentar sambil hon dengan kuatnya...yg bestnya pakcik tu mengalah.masa dia blah tu dia ada wat muka x puas hati..ada i kesah...huhu..(tudia pnya pnjg komen,macam buat entry kat sini pulak)

    BalasPadam
  4. @amiera hilton
    Yeke camtu? parking buntut dulu memang kemas skit.

    @ftmh azzhrh
    Ceh..takdela terer mane kan.

    @ciksufi
    Berebut tu takde la sbb muke SR ganazz..hehe yang SR kene ni maybe mamat tu belakang so x nampak muke ganazz SR.

    BalasPadam
  5. bontot dulu!

    kebanyakan company skang menggalakkan reverse parking for safety reasons.

    weh lelaki bukan ke sepatutnye tere parking depan, belakang mahupun side? hehe.

    BalasPadam
  6. @dayana
    bukan tak terer takut langgar dinding je..wakaka

    BalasPadam
  7. aku terer parking sisi..
    parking buntut paling fail...
    tp betol kata ko, berakit-rakit ke hulu..hahaha

    BalasPadam
  8. pasal parking kan kita dah diajar masa belajar memandu dulu. dah lupa ke? xpractice la tu. bagi saya setakat ni semua jenis parking saya boleh buat. parking sisi ni kalau nak mudah, buat macam kita nak parking rewerse 'buntut'.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...