Isnin, 11 April 2011

Sultan Ahmad Shah Presiden baru AFF


BANGKOK - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas menang tanpa bertanding pada Kongres AFF Ke-18 di Bangkok, semalam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Datuk Worawi Makudi, yang juga Ahli Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.
Sultan Ahmad Shah menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian pada pemilihan kali ini selepas menerajui AFF sejak 1995.
"Saya berharap dapat mengetuai badan ini dengan baik seterusnya menjalinkan perpaduan di antara ahli gabungan dalam menaikkan mutu bola sepak negara Asean," titahnya dalam ucapan pelantikannya semalam.
Jelas baginda, amat penting untuk semua menghargai jasa Tengku Ahmad Rithauddeen yang menjadi presiden selama lima penggal sejak 1996.
Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Januari 1984 turut dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.
Tengku Ahmad Rithauddeen menjadi presiden sejak 1996 dan telah memainkan peranan penting dalam AFF termasuk mempopularkan kejohanan serantau yang dikenali sebagai Piala Suzuki AFF.

Info : Utusan Online

P/S : Tahniah kepada baginda Sultan. Tapi bagi aku ini merupakan permulaan episod gelap bola sepak ASEAN. Apa pendapat korang sume? Sama-sama la kita tengok kesudahannya...hehe

1 ulasan:

  1. sORRY Jap bro, Saya ada sesuatu nak sampaikan

    http://zippomiller.blogspot.com/2011/04/award-from-mamaluvcom.html

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...