Rabu, 6 Jun 2012

Jalan-Jalan Carik Makan : Gulam Mee Kota Damansara

Mee Goreng
 Wah da macam blog makanan lak blog aku ni. Kali ni cik bini teringin nak makan mee goreng. Setelah aku google mee goreng maka ter jumpa la restoran GULAM MEE ni. Bila da sampai sana macam biasa la aku dan bini order mee goreng yang kononnye jadi signature dish kat situ. Review seperti di bawah sebab malas nak tulis panjang-panjang.:-

Makanan : Overall makanan dia ketegori sedap la walaupun Mee goreng dia tak menepati citarasa aku. Persembahan makanan dia agak OK. Yang tak menepati citarasa tu sebab mee goreng dia ada macam kuah kacang.

Servis : Ni yang bagi minus point kat restoran ni. Aku tak tau la kene kat aku sorang atau majoriti customer yang datang pon kena. Order minuman dah habis makanan baru nak sampai. Tu pon lepas kali ke-5 aku re-order minuman tu. Kudos kepada waiter foreigner yang ikhlas bekerja.

Overall : Bagi aku untuk restoran ni memang luas dan banyak seat. Sesuai untuk yang nak melepak santai lama-lama. Tapi kalau nak sekadar makan sahaja memang tak berbaloi kot.

Lokasi
Ni aku bagi lokasi dia. Restoran ni pon ada website sendiri : www.gulammee.com

P/s ; Ni just pengalaman personal aku. Kalau korang ade yang dapat servis yang tip top kat restoran ni sila abaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...