Isnin, 4 Jun 2012

Jalan-Jalan Carik Makan : Sushi Zan Mai


Sushi 

   Semenjak aku balik dari Jepun memang agak jarang aku menikmati makanan Jepun secara pukal camni. Selalunye aku beli kat Jusco untuk melepas rindu je. Sempena hari gaji bulan lepas aku ajak la cik bini skali untuk pegi mengketedarah makanan Jepun ni. Setelah meneliti dari segala aspek aku memilih restoran sushi zan mai kat mont kiara untuk melampiaskan nafsu makan makanan Jepun ni. Bagi aku restoran ni agak reasonable la harga makanan kat situ. Di samping kualiti makanan dia lebih baik dari Sushi King serta Sakae sushi. 
Tendon pilihan cik bini
  Aku order ebi tendon sebagai main dish aku dan cik bini pilih tendon untuk main dish dia. Overall ebi tendon dia boleh blah la ngan selera aku yang penah rasa yang ORI kat Jepun. Cuma nasi jepun dia agak kureng sebab tak boleh nak suap pakai hashi. Aku pun penah alami menda ni bila masak beras jepun yang di beli kat Jusco. Maybe periuk nasik Malaysia tak sesuai masak beras Jepun kot.

Ebi Tendon pilihan aku
 Untuk makanan tambahan aku order la sushi secukup rasa. Ada kaki fry, ebi ten, salmon mayo yaki, tuna mayo serta salmon ikura. Cukup la tu untuk dinner malam tu. Itu pun aku rasa macam nak pecah perut da bila nak menghabiskan saki baki sushi tu. Malam tu terubat la rindu aku kat makanan Jepun setelah meninggalkan Jepun selama 2 tahun. Bila la agaknya nak dapat makan sushi madoka ke teishoku kat kuruma ya ke kan? 

Age dashi toufu

4 ulasan:

  1. bg aku kureng skit la dia punye agedashitofu. tepung dia jadi mcm gam..

    BalasPadam
  2. mengapakah tidak beli barangan di Isetan? :3

    BalasPadam
  3. isetan KLCC parking mahal.hehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...