Nasi lemak ayam |
Kelmarin aku tertonton satu rancangan kat astro AFC pasal nasi lemak ni. Tengok cam menarik jugak. So aku carik la sedikit maklumat pasal warung nasi lemak di kat internet. Nama warung ni PJ ibumie a.k.a nasi lemak bumbung / nasi lemak seapark yang terletak di SS2 Petaling Jaya bersebelahan Maybank . Memang completely warung la sebab sume open air.
Memula masa nak carik tempat duduk tu memang scary jugak la sebab meja dia kat lorong belakang kedai. Tapi yang aku pelik takda bau bauan longkang yang kurang menyenangkan malah siap ada kipas dan lampu kat dinding belakang lorong tersebut.Kalau nak yang lebih senonoh lagi boleh tunggu meja kosong kat depan Maybank siap ada aircond lagi ( aircond dari ruang ATM machine je la)
Nasi lemak 'o' |
Cakap pasal menu pulak mostly orang order nasi lemak ayam goreng. Untuk cik bini yang selalu menemani aku yang mengidam makan nasi lemak ni just order nasi lemak kosong je. Nasi lemak dia memang sekali dengan telur mata goyang. tak tau la bole mintak telur rebus ke tak. Bila sampai je makanan aku trus rasa sambal dia.
Bagi aku sambal dia bukan macam nasi lemak melayu sebab macam sos. Maybe sebab owner dia mamak penang so ade pengaruh nasi kandar kot. But sambal dia memang feeling abis la, sesuai dengan nasi dia yang peroi. Sebab tu la aku request sambal lebey. Nasi lemak dia memang cukup syarat sebagai nasi lemak ( ada nasi, sambal, timun, telur dan kacang bilis).
Untuk harga pulak bagi aku harga dia memang berpatutan lah ikut rate lembah klang ni. Total untuk 1 nasi lemak ayam, 1 nasi lemak 'o' dan 2 minuman pengerasnya RM10 tepat. ( maybe Ayam RM5, Kosong RM2 dan minuman RM1.50 each)
Licin bak hangg! |
Secara keseluruhan nye nasi lemak ni boleh masuk top 5 list nasi lemak yang sedap kat area Klang Valley ni. So kalau sesapa ade suggestion untuk port nasi lemak yang best kat Klang Valley ni boleh la bagitau aku kat ruangan komen.
Address ;
PJ Ibumie
Jalan 21/11B, (near Maybank)46300 Petaling Jaya,
Selangor.
P/s : Aku da try nasik lemak yang sedap kat mersing. nasi lemak pak bakar.
suka tengok TELUR PECAH dia... sambal cenggitu pun nampak menarik
BalasPadamtelur goyang dia memang maveles...presentation yg agak messy tp ade elemen seni kat situ.hehe
PadamTengak tengok program Axian AFC kisah nasi lemak bumbung ni. Nampak best. Majoriti pelanggan cina.
BalasPadam