Semalam kerajaan umumkan bonus raya kakitangan kerajaan untuk tahun 2012. Untuk aku ni dapat la rasa percikan tempias skit sebab orang rumah kakitangan kerajaan.. Bagus jugak la CEUPACS agak peka dengan perkara ni. Kerajaan memang terdesak untuk menjaga kebajikan Penjawat awam ni supaya tidak berpaling tadah dari BN.
Secara umumnya kerajaan umumkan setengah bulan gaji atau minimum RM500. Setidaknya dapat jugalah ringankan beban kepada sesiapa yang dah mempunyai anak-anak dan lain-lain. Untuk aku yang keje kuli je ni melopong je la. Harapnya peniaga tak ambik kesempatan la ye. Orang gomen je dapat bunus. kuli-kuli belom tentu....hehe
Kalau nak tau lebih lanjut baca artikel yang aku songlap ni.
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama
P/S ;- Bak kata abang ipar aku, Rezeki datangnya dari Allah bukan datang dari Kerajaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan