Jumaat, 25 Februari 2011

Fenomena Penyokong Skuad Malaysia


*Kredit to Tuan Punya Pic*

Bila aku merayau kat FB tadi terjumpa pic ni. Penyokong Skuad Malaysia dah semakin maju seiring dengan peredaran zaman. Penyokong yang bergelar ULTRAS MALAYA ni telah memberi nafas baru kepada pemain-pemain skuad negara untuk lebih bersemangat bermain mempertahankan maruah Malaysia tercinta. Kudos untuk diorang ni. Aku pon berazam akan try untuk bersama-sama dengan diorang bila ada game yang melibatkan Skuad Malaysia pada masa yang akan datang.


*kredit to Mr. Photographer*

Kepada penonton yang datang stadium tetapi memaki hamun pemain bila team ketinggalan, melempar objek seperti bekas minuman, mercun dan sebagainya lebih baik anda semua join mereka ni semua. Buat apa anda habiskan wang ke stadium dan pulang dengan hati yang panas. Saya percaya jika anda semua join mereka anda akan stim dan happy sepanjang malam.

p/s : Kepada pihak yang menganggap mereka 'pengacau' anda telah silap!!!!!!

Selasa, 22 Februari 2011

Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia U23 vs Pakistan U23



Kredit to HMC


Hari ni kita cakap pasal Bola ye..hehe Esok 23 februari 2011 ada perlawanan bola sepak kelayakan sukan olimpik 2012 yang melibatkan pasukan Bawah 23 Malaysia bertemu dengan pasukan Bawah 23 Pakistan. Pakistan ni yang kita tahun hebat dalam sukan kriket dan juga hoki. Namun pasukan kita harus menghormati lawan kita ni kerana dalam bola sepak apa-apa pon boleh berlaku.

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia memberikan sokongan yang tak berbela bahagi kepada pasukan negara kita tak kiralah datang ke stadium mahupun menonton siaran langsung tak kira dimana sahaja. Kalau bukan kita sape lagi yang nak sokong Malaysia. Nak harap kan Wayne Rooney sokong Malaysia? Sori la bradeeer...hehe

Senarai 18 pemain skuad bawah 23 Malaysia


Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Ahmad Shakir Ali (Kedah)
Faizal Abu Bakar (Kedah)
Mohd Fakri Shaarani (Negeri Sembilan)
K Gurusamy
Mahali Jasuli
Mohamad Muslim Ahmad
Mohd Affize Faisal Mamat
Mohd Faizal Muhamad
S Sivanesan
Mohd Irfan Fazail
Wan Zack Haikal Wan Nor
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Mohd Izham Tarmizi Roslan
Mohammad Fadhli Mohd Shas
Gary Steven Robbat
Mohd Fandi Othman
Mohd Ferris Daniel Mat Nasir

Selain Khairul Fahmi, Shakir Ali, Faizal Abu Bakar dan Fakri Shaarani, semua pemain adalah pemain pasukan Harimau Muda (sumber - Laman web FAM)

Oooooooo!!!! Maa!! Lay!! Sia!!

Isnin, 21 Februari 2011

Allahyarham Sudirman Hj Arshad - Genap 19 tahun - AL FATIHAH

*Masa menang di London*

Pada hari esok tanggal 22 Februari maka genap la 19 tahun pemergian Allahyarham. Aku pon tak tahu kenapa aku tiba-tiba buat entry pasal Allahyarham Sudirman ni.Rasenye sebab tengok channel HISTORY 555 Astro semalam kot.

Bagi aku la Allahyarham Sudirman ni merupakan seorang yang amat berbakat setanding dengan Allahyarham P.Ramlee walaupun karier dia sebagai penghibur tidak lama. Antara lagu Allahyarham yang masih menjadi siulan pada masa sekarang ni ialah lagu 'balik kampung' yang tak pernah tidak dimainkan semasa musim perayaan dan juga lagu '31 ogos' yang sering dimainkan ketika hari kebangsaan malaysia. Masa zaman sekolah dulu pon kalau ade kem motivasi ke lagu 'warisan' beliau selalu jugak berkumandang.

*Antara penampilan beliau*

Beliau juga artis malaysia yang berjaya menjadi penghibur no1 asia di royal albert hall london pada tahun 1989.Masa tu aku baru berumur 3 tahun dan mengerti lagi siapa dia Allahyarham Sudirman ketika itu. Semalam aku tengok die punye performance memang WOW la.Antara kejayaan terhebat yang aku rasakan dalam karier beliau adalah penganjuran konsert secara percuma kat jalan chow kit.Beliau pon memang ada lagu yang bertajuk 'chow kit road'. Ini menunjukkan beliau bukan seorang penghibur yang materialistik semata-mata tapi tampil memberikan persembahan yang WOW untuk peminat beliau yang tak mampu pergi konsert beliau.Cuba korang bayangkan 100000 orang membanjiri area chow kit yang memang dah sedia sesak dari dulu lagi tu.Tengok bola final AFF Cup pon tak sampai 100000 orang lagi.hehe

*Signature beliau*

Tapi Allah lebih menyayangi Allahyarham Sudirman.Pada tahun 1992 setelah 7 bulan menderita menghidapi penyakit misteri akhirnya Allahyarham Sudirman telah kembali ke rahmatullah. Malaysia telah kehilangan seorang yang berbakat besar dalam bidang hiburan.Marila kita sama-sama kita menghadiahkan Al Fathihah kepada Allahyarham dan berdoa agar beliau dirahmati Allah s.w.t.

p/s: Banyak info di cedok dari wiki dan berdasarkan dokumentari kat astro 555.kalo ade yang silap tu mintak maap banyak-banyak ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...