Khamis, 28 April 2011

Kepala vs. Buntut, korang mana dulu?

Perhatian : Ini Bukan entry lucah

Hari ni aku nak cite skit pasal kepala vs. buntut.. Tapi sebelum tu aku nak terangkan kepala vs. buntut ni adalah untuk cara korang parking kereta tak kira la kat shopping complex punya carpark ataupun mana-mana carpark yang ada kat Malaysia ni ni..hehe Parking kepala dulu ni ialah parking dengan bahagian depan kereta dulu masuk tempat parking tu. Manakala parking buntut dulu ialah parking secara mengundur dan bahagian belakang kereta yang masuk dulu parking lot.

Mase aku mula-mula bawak kereta aku memang suka parking kepala dulu kerana cara ini lebih cepat dan menjimatkan masa tanpa menggunakan skill-skill yang tertentu. Tapi antara kekurangan cara parking ni kemungkinan untuk parking secara senget agak tinggi ( betul ke? Ni pengalaman aku la ye...hehe)

*Parking kepala*
Namun semasa aku bertapa kat Jepun selama 4 tahun, rakyat negara itu lebih gemar parking buntut dulu. Aku try tanye diorang kenapa tak parking kepala dulu sebab cara tu lebih mudah dan cepat. Diorang menjawab secara angkuhnya parking buntut dulu lebih bagus kerana lebih mudah bila mau blah dari parking nanti bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Alangkah terkejutnya aku bila dengar diorang cakap macam tu....( ok yang ni aku tipu..hehe) Sejak dari itu aku mempraktikkan parking buntut dulu.. Mula-mula memang leceh tapi bak kata pepatah orang putih plak 'Practice make perfect'. Aku berjaya menguasai skil tersebut dengan jayanya.

*Parking buntut*
Bila aku balik Malaysia aku trus meneruskan parking buntut dulu ni. Ada jugak la peristiwa kelakor ketika parking cara ni. Yela untuk parking cara ni mesti la kene melewati parking lot yang kita nak parking tu kan...Tapi ada pulak satu mamat yang ikut blakang aku nak berebut parking tu dan claim aku da terlepas parking lot tu WTF....memang kampung abis la mamat tu wa cakap sama lu...So apa pilihan korang semua? Kepala atau Buntut?

P/S - Parking side memang aku fail dari dulu sampai sekarang.

Isnin, 25 April 2011

Aksi Safee Sali ( Pelita Jaya vs Arema FC )


*kredit to *

P/S - Walau tak skor namun tetap berbahaya



Bieber dikritik kerana sebut Hello, Manila di KL

Hello Manila!!!!!!
MANILA - Penyanyi terkenal, Justin Bieber dikritik di laman Twitter kerana dia menyebut, "Hello, Manila" semasa melakukan persembahan di Kuala Lumpur pada minggu lalu.
Menurut laporan stesen televisyen ABC semalam, dia sepatutnya menyebut Hello, Malaysia dan bukannya Hello, Manila dalam persembahan pada 21 April lalu.

"Justin Bieber mengalu-alukan rakyat Malaysia Hello, Manila, memakai jersi Barcelona (kelab bola sepak) di Madrid. Justin Beiber, anda memerlukan peta," kata seorang peminat yang mahu dikenali sebagai abygo.
Seorang lagi pengguna Twitter menyatakan: "Justin Biber kepada para peminatnya di Malaysia: Hello Manila! Hahaha! Saya menyayanginya. Dia seperti makhluk planet Marikh."
Bagaimanapun, gelagat Bieber itu mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat di Filipina kerana dia akan membuat konsert di sini pada 10 Mei depan.
"Justin Bieber menjerit Hello Manila berbanding Hello Malaysia .. haha mungkin dia terlalu teruja untuk datang ke sini," kata seorang pengguna Twitter ClichaeyeLuvJB.
Seorang lagi pengguna laman itu, JerielBeliebs berkata:
"Hello Manila? teruja sangat si Justin."
Bieber yang berusia 17 tahun dan dilahirkan di Kanada kini dalam siri lawatan ke Asia.
Kelmarin, dia yang terkenal dengan lagu Baby membuat persembahan di Sentul, Bogor, Indonesia. - Agensi

Sumber : KOSMO

P/S - Betul ke ni? ade sesape yang dengar? Kesian fan kat malaysia...kah kah kah Bieber ni leh masuk raja lawak.

Rabu, 20 April 2011

Apa salah nasi lemak?!

*Sempoi & lazat*

Hari ni aku nak cita pasal makanan yang boleh dikatakan feveret sepanjang zaman untuk aku. Aku rasa sume orang kat Malaysia ni tau ape tu nasi lemak. Sape yang taktau apa itu nasik lemak boleh lah amik ic anda dan guntingkannya seperti nak dispose credit card expired ye...hehe nasik lemak ni boleh dikategorikan sebagai makanan berhantu. Kalau kene sedapnye boleh jadi ketagih. Zaman sekarang nasi lemak bukan hanya sebagai sarapan. Bole dikatakan pagi petang siang malam orang makan nasi lemak. Antara nasi lemak berhantu yang aku tau kat malaysia ni ialah nasi lemak antarabangsa, nasi lemak 7posen dan lain-lain lagi. Kalau ade sesape tau nasik lemak yang berhantu yang lain boleh la kongsi-kongsi kat sini ye..hehe

*Ni versi 70sen*

Tapi ade pihak nak salahkan nasik lemak penyebab obesiti di kalangan bebudak sekolah. Come on la weii...budak sekolah makan nasik lemak hari-hari ke? Kantin takde jual makanan lain ke? Makan mee goreng tak gemuk ke? memang tak dinafikan nasik lemak ni makanan yang banyak lemak tapi bagi aku ni sume berlaku sebab cara hidup bebudak tu sendiri. Zaman sekarang jarang aku tengok bebudak bermain-main pada petang lebih-lebih lagi kat bandar ni. Mungkin juga ibu bapa terlalu risaukan anak-anak bila main kat luar so kurung sahaja mereka kat dalam rumah dan sogokkan mereka ngan cite kartun astro atau galakan diorang main internet macam korang sume skarang ni.hehehe
Jadi menghalang jualan nasik lemak kat kantin sekolah merupakan tindakan yang kurang bijak bagi aku. Nasi lemak ni da kira macam makanan kebangsaan. Melayu, Cina, India semua makan nasi lemak. 1malaysia cintakan nasi lemak!

*Makan ni baru gemuk!*

P/S - aku paling suke nasik lemak rendang ayam sebelah gedung harian pilah dulu-dulu.

Sabtu, 16 April 2011

Keputusan Pilihan Raya Sarawak 2011


Dalam seminggu ni kalau bukak je TV mesti cerita pasal Sarawak. Malam ni akhirnya abis jugak la cerita pasal Pilihan Raya Sarawak ni. Walaupun mungkin takde kene mengena ngan perjalanan idup aku skarang ni aku nak bagitau secara tak rasmi Bee End da menang majoriti 2 per 3 dun negeri Sarawak. Ada jugak beberapa result upset seperti kalah nya george the goliath kat Miri. Apa pun tahniah kepada Taib Mahmud. Selamat berbahagia dengan bini baru dengan tenang pasni ye...hehehe

SANTAI : NABIL MAHARAJA LAWAK MINGGU 3

Dah dekat 3 hari aku dok terbaring sebab demaam. Mane taknye hari petang redah ujan je kat key hell ni...Hari ni kite santai je la.....Jom layan lawak nabil ML semalam.Umah aku tak langgan warna.. So tengok kat youtube je la nampaknye..hehehe

*kredit to zam100 for video*


P/S - Gua memang respek lawak lu bang bil biar ape kontroversi lu. Ada ape hal? Lu memang kebanggaan warigh-warigh semuo..hehe

Jumaat, 15 April 2011

Malaysia jatuh enam tangga ranking FIFA


KUALA LUMPUR - Ketiadaan perlawanan persahabatan berkelas A sepanjang Mac lalu jelas memberikan kesan negatif kepada skuad bola sepak kebangsaan dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin.
Berdasarkan semakan, Malaysia yang berada di tangga ke-138 pada 9 Mac lalu sekadar berada di tempat ke-144 pada kali ini, menandakan kemerosotan enam anak tangga dan itu merupakan kali pertama ranking Harimau Malaya mengalami kejatuhan semenjak November tahun lalu.
Malahan, di kalangan negara Asia, Malaysia juga mengalami kejatuhan tiga anak tangga apabila berada di tangga ke-24 berbanding ke-21 pada bulan lepas sementara bagi rantau Asia Tenggara, skuad negara masih kekal di belakang Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Walaupun begitu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan kedudukan ranking itu tidak melambangkan apa-apa pada prestasi terkini negara.
"Dari segi ranking FIFA, mungkin kita jatuh kerana tidak dapat bermain sebarang perlawanan persahabatan berkelas A namun bagi saya itu bukan keutamaan.
"Kita sendiri boleh perhatikan, semenjak kita menjuarai Piala Suzuki AFF lalu, prestasi kita masih konsisten dan tidak pernah kalah dalam dua perlawanan persahabatan terakhir lalu.
"Apa yang lebih mustahak dalam masa terdekat ini ialah jurulatih dan pemain mengekalkan prestasi positif menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2014," katanya.
Aksi persahabatan Malaysia bertemu Etoile FC yang menyaksikan Harimau Malaya seri 1-1 pada 26 Mac lalu di Stadium Jalan Besar, tidak mendapat sebarang pengiktirafan daripada FIFA kerana ia bukan membabitkan perlawanan antara skuad negara berkelas A.
Sebagai rekod, pencapaian tertinggi Malaysia di dalam ranking FIFA ialah mendapat tempat ke-75 pada bulan Ogos 1993 dan kedudukan terendah ialah berada di tempat ke-170 pada April 2008.

Info: Utusan Online

P/S : Kalau ranking rendah sape nak layan lu friendly kelas A pak midin oi!

Isnin, 11 April 2011

Sultan Ahmad Shah Presiden baru AFF


BANGKOK - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas menang tanpa bertanding pada Kongres AFF Ke-18 di Bangkok, semalam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Datuk Worawi Makudi, yang juga Ahli Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.
Sultan Ahmad Shah menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian pada pemilihan kali ini selepas menerajui AFF sejak 1995.
"Saya berharap dapat mengetuai badan ini dengan baik seterusnya menjalinkan perpaduan di antara ahli gabungan dalam menaikkan mutu bola sepak negara Asean," titahnya dalam ucapan pelantikannya semalam.
Jelas baginda, amat penting untuk semua menghargai jasa Tengku Ahmad Rithauddeen yang menjadi presiden selama lima penggal sejak 1996.
Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Januari 1984 turut dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.
Tengku Ahmad Rithauddeen menjadi presiden sejak 1996 dan telah memainkan peranan penting dalam AFF termasuk mempopularkan kejohanan serantau yang dikenali sebagai Piala Suzuki AFF.

Info : Utusan Online

P/S : Tahniah kepada baginda Sultan. Tapi bagi aku ini merupakan permulaan episod gelap bola sepak ASEAN. Apa pendapat korang sume? Sama-sama la kita tengok kesudahannya...hehe

Khamis, 7 April 2011

Entry Bisu : R . I . P

*kredit to AP*

P/S - walau berbeza agama, hiba jugak aku bila tengok..........

HOT!! : 5 Blog yang dalam Pemerhatian!

Ni la antara kerja aku bila tak de keje yang nak dibuat kat kilang selain update database kat PC aku...hehehe dulu aku memang tukang stalk je blog-blog orang ni sebelum belajar tulih blog. Yang aku senaraikan ni blog-blog yang aku pasti bukak bila masuk internet kat opis..hehehe..mintak-mintak bos tak bace post aku ni ye...korang jangan report plak tau...hehehe

Ni kawan aku skola-skola dulu..bagi aku dia ni memang berbakat dalam seni....hehe dedulu aku ade bace komik karya dia masa form 2....paling aku ingat dalam komik tu bleh ade bomb kat makmal sains sekola..blog dia ni ada tersurat dan tersirat...sila terjah kalau nak tau lagi ye..hehe


Blog ni pasal laporan perkara yang berlaku kat sekeliling kita terutama pasal eksiden...memang segar dari ladang laporan dia ni..aku agak bro ni memang reporter kot...hehe 


Blog ni memang masih fresh lagi tapi visitor lagi ghamai dari aku...memang ade potensi disamping topik-topik yang agak panas...orang nogori dan penyokong setio nesmilan. Aku kenal die ni kat stadium paroi mase tengok bola....hehehehe

Aku kenal blog dia masa mula-mula aku jinak-jinak ngan blog 2 tahun lepas...masa tu aku cuma jadi stalker blog orang je..wakaka..dia ni tengah study kat London. So kalau korang nak tau pasal europe elok la korang terjah aje blog die ni.

Ni blog kawan aku yang baru balik dari Jerman. Dari blog dia ni banyak jugak aku dapat manafaat yang berguna untuk dunya dan selepas dunya...Ziarah la blog dia ni untuk ilmu yang bermanafaat.

P/S - Ni yang 5 utama je...banyak lagi blog yang ade dalam senarai yang aku follow. Tapi tak dayo den nak tulis sumo eh jang oi...heheheh


Rabu, 6 April 2011

Video : YUNA - Penakut


*kredit to owner video*

Lagu ni aku dengar mase ABPBH ari tu. Tak tau la lagu ni da lame ke baru. Aku tak ambik port sangat penyayi pempuan ni...hehehe Memang agak berhantu lagu ni. Aku yang tak brape suke lagu orang perempuan ni pon leh minat dengar lagu ni...lagu ni je la..hehe Dengarkan kepada sesiapa yang suke....layaaaannnzzz!!!!





 

Bahrain, Arab Saudi uji anak-anak buah Kim Swee?


KUALA LUMPUR - Sebelum berhadapan dengan Lebanon, skuad Olimpik negara berkemungkinan berpeluang menguji keupayaan awal mereka apabila Bahrain dan Arab Saudi dikhabarkan berminat berdepan anak-anak buah Ong Kim Swee dalam perlawanan persahabatan.
Perkara itu didedahkan oleh Kim Swee sendiri yang berkata kedua-dua pasukan terbabit berminat menjadikan Kuala Lumpur sebagai pangkalan latihan mereka sebelum berdepan lawan masing-masing pada perlawanan timbal balik pertama 19 Jun ini.
''Bahrain akan berdepan Thailand di Bangkok sementara Arab Saudi bertandang ke Vietnam pada perlawanan pusingan kedua.
''Jadi, sekiranya mereka di sini, saya lihat ia peluang yang baik buat kami mengaturkan perlawanan persahabatan dengan kedua-dua pasukan terbabit dan mereka juga sudah tentu berminat menguji kami.
''Sudah tentu satu persiapan yang sangat baik memandangkan lawan Malaysia juga dari Asia Barat dan mempunyai corak permainan yang tidak jauh berbeza," katanya yang dihubungi, semalam.
Arab Saudi dan Bahrain adalah merupakan dua gergasi Asia yang dijangka boleh mengisi empat slot untuk benua ini yang ditawarkan ke Sukan Olimpik selain Jepun, Australia, Korea Selatan dan Iran.
Jika perancangan itu menjadi kenyataan, ia semestinya satu persiapan yang baik buat skuad Olimpik negara memandangkan kedua-dua pasukan dilihat lebih kuat berbanding Lebanon berdasarkan kedudukan ranking.
Walaupun begitu, Kim Swee mendedahkan latihan pusat di Turki masih menjadi keutamaan dan segalanya bergantung kepada pelepasan yang akan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
''Saya telah menyatakan segala perancangan kepada pihak pengurusan FAM dan kemungkinan-kemungkinan yang ada jika perancangan utama saya iaitu berlatih di Turki gagal, saya juga berikan beberapa pilihan lain.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan buat masa ini pihaknya masih belum mempunyai kata putus mengenai hala tuju persiapan skuad Olimpik negara.

sumber : Utusan Malaysia

P/S - FAM ni angan-angan memang gah. 2, 3 hari sebelum game aku agak akan batal dan ganti ngan team boleh masyuk poket pegawai FAM



Selasa, 5 April 2011

VIDEO : Usop Wilchia menggegar Arena of Star


*kredit to www.nazwa69.net*

P/S - Bagi aku usop dan abi ni layak dapat persembahan terbaik...layaaaanzzz

Tandas Duduk vs. Tandas Cangkung

Nota: Entry ini mungkin agak menjijikan.hehe

Kali ni aku nak berkongsi dilema aku ketika berkunjung ke rumah setan ni atau lebih popular ngan nama tandas. Selalunya dilema ini kerap berlaku bila pergi ke tandas-tandas awam je. Kat sekolah asrama punye tandas jangan cerita la kat sini...memang takleh dilawan lagi keotaiannya. Dilema aku skang bukan tertumpu kepada tahap kebersihan tetapi lebih kepada jenis-jenis tandas kat Malaysia ni.

*Tandas cangkung vs. Tandas duduk*
 Masalah memilih antara tandas ni memang amat sukar. Pada zaman sekarang di kebanyakan tempat-tempat awam banyak tandas duduk ni. Bagi aku yang terlebih melayu ni amat tidak gemar menggunakan tandas ni. Antara sebab aku tak gemar tandas jenis ni disebabkan budaya kita yang menggunakan air sebagai alat penyuci najis. Bila guna air ketika di tandas menyebabkan permukaan tandas ini jadi basah dan tidak selesa untuk kita duduk diatasnya untuk mencari ilham. Jika air tidak digunakan dan medium lain seperti tisu disediakan bagi aku takda masalah nak jadikan tandas ni sebagai feveret ketika berkunjung ke sana.

*kesan tapak kasut* 

Lagi satu sebab, orang Melayu kita ni da terbiasa tandas cangkung dan bila guna tandas duduk pun segelintir diulangi segelintir orang kita selamba je menyangkung atas tandas duduk ni tanpa mengira risiko yang bakal menimpa serta meninggalkan tapak kasut di mangkuk tandas itu

*simulasi : jangan tiru aksi ini* 

Disebabkan penggunaan air tadi aku lebih cenderung memilih tandas cangkung sebagai pilihan walaupun terpaksa menunggu lama kerana lebih selesa kerana tiada tubuh badan yang bersentuhan dengan mangkuk tandas itu.

*tandas feveret*

*tandas idaman*

P/S - Tandas Jepun kebanyakan ade washlet. Main tembak-tembak je..hehe  

Isnin, 4 April 2011

monolog : Buang Tebiat @ Tak Betul

Tengok kat tajuk ni mesti korang anggap ade kaitan dengan gila kan? Ni bukan pasal gila ke ape ni sebab aku da terbuat tabiat pelik pulak stay kat tempat keja sorang-sorang pas sume orang balik. Rasa macam seram bila tengok line production yang gelap ( takde da wei orang OT skang. Barang takde HQ rosak) diterangi lampu-lampu emergency machine... 
Tetiba je aku rase cam harmoni lak dok tempat-tempat sunyi ni sambil setel kan keje yang macam masuk dengan cilakak punye banyak lepas tsunami aitu. Slalunya ontime je aku da angkat kaki cabut (da takleh claim OT. Ca alip but je la.hahaha) Parah dah aku ni gamak nye.. 
Biar kan saje asal aku bahagia walaupun aku makin menyampah ngan apa yang aku buat ni. Rase cam carik angin baru sebab aku da malas nak kene kerah ngan Jepun lagi. Kene la hapdet resume balik ni. Jobstreet ! Jobstreet!

Gol Safee Sali : Pelita Jaya FC vs Persijap Jepara (2-0)

Semalam masa orang sume tengah layan ABPBH kat tv 3 aku turut layan game ISL (Indonesia Super League) perlawanan antara Pelita Jaya FC vs Persijap Jepara kat mivo TV. Game itu berkesudahan PJFC menang dengan jaringan 2 berbalas 0. Gol pendahuluan PJFC dijaringkan oleh Safee Sali melalui sepakan gunting yang cantik.. Saksikan sedutan gol Safee Sali



P/S: Safee pon leh buat gol cam Rooney.

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Aku da join... jom join sini !

Sabtu, 2 April 2011

Minyak Ron97 naik lagi!!!!

Hari semalam baru je aku dengar kabar angin sepoi-sepoi tak reti bahasa petrol ron95 ni naik harga jadi RM2.20. Aku tak bape nak layan sebab aku agak ni mesti lawak bodo april fool yang bangang tu. Tapi malam ni pulak tup tup harga Ron97 lak naik jadi RM2.70 (tak pelik sangat sebab harga da apung). Berani gak goverment amik risiko naikkan harga masa nak PR negeri Sarawak ni ye. Maybe kes Datuk T boleh cover menda ni dari jadi buah mulut rakyat (alamak sangkut politik plak.wakaka).

Maybe aku tak berapa nak ada effect ron97 ni naik harga. Al-maklum la aku ni pakai moto kapcai je hari-hari..bole jugak la kurangkan penggunaan petrol sekaligus jaga alam sekitar dan jugak mengelakkan diri aku dari dilanda stress meredah jem pagi dan petang...hahaha. pakai kereta pon skali-skala bila pegi luar KL je.. Kepada yang pakai ron97 tu bawok-bawok la bersabar ye.. Nanti kalau harga dunia da turun tapi harga still keras macam tu aje kite pakat pegi gegau pejabat Ismail Sabri ye..hehehe Tak pon bila dafi buat show korang baling je telur busuk kat dia...hahahaha

Jumaat, 1 April 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...