Khamis, 23 Ogos 2012
# Piala Malaysia 2012 (matchday 1)
Kumpulan A
Johor FC 0 - 0 LIONSXII
PKNS FC 1 - 1 Johor FA
Kumpulan B
Terengganu FA 2 - 0 Kelantan FA
Kedah FA 0 - 2 ATM FA
Kumpulan C
Felda United 1 - 1 Negeri Sembilan FA
Sime Darby 1 - 1 Perak FA
Kumpulan D
Sarawak FA 2 - 1 Selangor FA
Pahang FA 3 - 2 PBDKT T-Team
Sedutan perlawanan Terengganu FA 2 - 0 Kelantan FA
Sedutan perlawanan Sime Darby 1 - 1 Perak FA
Credit : Sokernet.com
Jumaat, 8 Jun 2012
Singapore vs. Malaysia
![]() |
| Causeway derby |
Kepada yang menonton di rumah, anda juga memang the best. Dari layan Euro 2012 yang sekadar hiburan tu baik tengok live malam ni jam 7:45 malam (solat magrib dulu tau untuk yang beragama Islam).
Selasa, 22 Mei 2012
SEKALUNG TAHNIAH : Nazmi Faiz to SC Beira-Mar
![]() |
| Sain kontrak |
Pertamanya aku nak ucap tahniah atas kejayaan kau Nazmi sebab dapat pikat barisan kejurulatihan SC Beira-Mar untuk offer kontrak profesional. Aku rase kau adalah yang ke-3 pemain Malaysia yang dapat offer kontrak secara merit (bukan FAM anto atau Tauke club Orang Malaysia) selepas Safee Sali (Pelita Jaya) dan ade seorang player Chinese (Hertha Berlin). Kalau salah sila tegur ye. Harapan aku, ko anggap la ia menjadi langkah pertama untuk kau maju dalam arena bola sepak profesional di Eropah. Jangan jadi HOMESICK! Tumpukan perhatian sepenuhnye terhadap karier ko ni. Jangan jadi seperti senior-senior kau dulu ye. Ok la kepada FAM lu ingat ini sudah cukup untuk lu orang bangga? lu silap la. Lebih 20 tahun jadi presiden takkan seorang je yang kau mampu? JADI slogan P.F.S.L.J akan terus dicanang hingga jadi kenyataan!!!!!!
Khamis, 26 April 2012
Duduk dan Bantah VS Duduk dan Layan
Jumaat, 15 April 2011
Malaysia jatuh enam tangga ranking FIFA
Berdasarkan semakan, Malaysia yang berada di tangga ke-138 pada 9 Mac lalu sekadar berada di tempat ke-144 pada kali ini, menandakan kemerosotan enam anak tangga dan itu merupakan kali pertama ranking Harimau Malaya mengalami kejatuhan semenjak November tahun lalu.
Malahan, di kalangan negara Asia, Malaysia juga mengalami kejatuhan tiga anak tangga apabila berada di tangga ke-24 berbanding ke-21 pada bulan lepas sementara bagi rantau Asia Tenggara, skuad negara masih kekal di belakang Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Walaupun begitu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan kedudukan ranking itu tidak melambangkan apa-apa pada prestasi terkini negara.
"Dari segi ranking FIFA, mungkin kita jatuh kerana tidak dapat bermain sebarang perlawanan persahabatan berkelas A namun bagi saya itu bukan keutamaan.
"Kita sendiri boleh perhatikan, semenjak kita menjuarai Piala Suzuki AFF lalu, prestasi kita masih konsisten dan tidak pernah kalah dalam dua perlawanan persahabatan terakhir lalu.
"Apa yang lebih mustahak dalam masa terdekat ini ialah jurulatih dan pemain mengekalkan prestasi positif menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2014," katanya.
Aksi persahabatan Malaysia bertemu Etoile FC yang menyaksikan Harimau Malaya seri 1-1 pada 26 Mac lalu di Stadium Jalan Besar, tidak mendapat sebarang pengiktirafan daripada FIFA kerana ia bukan membabitkan perlawanan antara skuad negara berkelas A.
Sebagai rekod, pencapaian tertinggi Malaysia di dalam ranking FIFA ialah mendapat tempat ke-75 pada bulan Ogos 1993 dan kedudukan terendah ialah berada di tempat ke-170 pada April 2008.
Info: Utusan Online
P/S : Kalau ranking rendah sape nak layan lu friendly kelas A pak midin oi!
Rabu, 6 April 2011
Bahrain, Arab Saudi uji anak-anak buah Kim Swee?
Perkara itu didedahkan oleh Kim Swee sendiri yang berkata kedua-dua pasukan terbabit berminat menjadikan Kuala Lumpur sebagai pangkalan latihan mereka sebelum berdepan lawan masing-masing pada perlawanan timbal balik pertama 19 Jun ini.
''Bahrain akan berdepan Thailand di Bangkok sementara Arab Saudi bertandang ke Vietnam pada perlawanan pusingan kedua.
''Jadi, sekiranya mereka di sini, saya lihat ia peluang yang baik buat kami mengaturkan perlawanan persahabatan dengan kedua-dua pasukan terbabit dan mereka juga sudah tentu berminat menguji kami.
''Sudah tentu satu persiapan yang sangat baik memandangkan lawan Malaysia juga dari Asia Barat dan mempunyai corak permainan yang tidak jauh berbeza," katanya yang dihubungi, semalam.
Arab Saudi dan Bahrain adalah merupakan dua gergasi Asia yang dijangka boleh mengisi empat slot untuk benua ini yang ditawarkan ke Sukan Olimpik selain Jepun, Australia, Korea Selatan dan Iran.
Jika perancangan itu menjadi kenyataan, ia semestinya satu persiapan yang baik buat skuad Olimpik negara memandangkan kedua-dua pasukan dilihat lebih kuat berbanding Lebanon berdasarkan kedudukan ranking.
Walaupun begitu, Kim Swee mendedahkan latihan pusat di Turki masih menjadi keutamaan dan segalanya bergantung kepada pelepasan yang akan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
''Saya telah menyatakan segala perancangan kepada pihak pengurusan FAM dan kemungkinan-kemungkinan yang ada jika perancangan utama saya iaitu berlatih di Turki gagal, saya juga berikan beberapa pilihan lain.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan buat masa ini pihaknya masih belum mempunyai kata putus mengenai hala tuju persiapan skuad Olimpik negara.
sumber : Utusan Malaysia
P/S - FAM ni angan-angan memang gah. 2, 3 hari sebelum game aku agak akan batal dan ganti ngan team boleh masyuk poket pegawai FAM
Rabu, 9 Mac 2011
INFO TERKINI
P/S - Poning den pasal siaran langsung ni. Sorry guys.
PEMBERITAHUAN (PAKISTAN VS MALAYSIA)


P/S: Walau apa terjadi ianya tidak melunturkan semangat penyokong Malaysia. Layan online score update jela nampaknye ye.
Selasa, 8 Mac 2011
Pakistan vs Malaysia Kelayakan Olimpik 2012
KESEBELASAN KEMUNGKINAN MALAYSIA:
Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Irfan Fazail, Ahmad Fakri Saarani.
O0oooooooooooooooOOOOOOOOooooooooooooOoooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Jumaat, 25 Februari 2011
Fenomena Penyokong Skuad Malaysia


Kepada penonton yang datang stadium tetapi memaki hamun pemain bila team ketinggalan, melempar objek seperti bekas minuman, mercun dan sebagainya lebih baik anda semua join mereka ni semua. Buat apa anda habiskan wang ke stadium dan pulang dengan hati yang panas. Saya percaya jika anda semua join mereka anda akan stim dan happy sepanjang malam.
p/s : Kepada pihak yang menganggap mereka 'pengacau' anda telah silap!!!!!!
Selasa, 22 Februari 2011
Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia U23 vs Pakistan U23
Hari ni kita cakap pasal Bola ye..hehe Esok 23 februari 2011 ada perlawanan bola sepak kelayakan sukan olimpik 2012 yang melibatkan pasukan Bawah 23 Malaysia bertemu dengan pasukan Bawah 23 Pakistan. Pakistan ni yang kita tahun hebat dalam sukan kriket dan juga hoki. Namun pasukan kita harus menghormati lawan kita ni kerana dalam bola sepak apa-apa pon boleh berlaku.
Marilah kita sebagai rakyat Malaysia memberikan sokongan yang tak berbela bahagi kepada pasukan negara kita tak kiralah datang ke stadium mahupun menonton siaran langsung tak kira dimana sahaja. Kalau bukan kita sape lagi yang nak sokong Malaysia. Nak harap kan Wayne Rooney sokong Malaysia? Sori la bradeeer...hehe
Senarai 18 pemain skuad bawah 23 Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Ahmad Shakir Ali (Kedah)
Faizal Abu Bakar (Kedah)
Mohd Fakri Shaarani (Negeri Sembilan)
K Gurusamy
Mahali Jasuli
Mohamad Muslim Ahmad
Mohd Affize Faisal Mamat
Mohd Faizal Muhamad
S Sivanesan
Mohd Irfan Fazail
Wan Zack Haikal Wan Nor
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Mohd Izham Tarmizi Roslan
Mohammad Fadhli Mohd Shas
Gary Steven Robbat
Mohd Fandi Othman
Mohd Ferris Daniel Mat Nasir
Selain Khairul Fahmi, Shakir Ali, Faizal Abu Bakar dan Fakri Shaarani, semua pemain adalah pemain pasukan Harimau Muda (sumber - Laman web FAM)
Oooooooo!!!! Maa!! Lay!! Sia!!




