Komik kontroversi akhbar Berita Harian akhirnya telah sampai ke Jepun.
Namun apa yang menghibakan hati saya tentang komen-komen yang boleh
dianggap sebagai amat cekal dan tabah daripada rakyat negara berkenaan
Mari kita lihat terjemahan berita tersebut yang dibuat oleh rakan saya
saudara Syazwan
Berita dipetik sumber:
http://headlines.yahoo.co.jp/hl?a=20110314-00000146-jij-int
#terjemahan dibuat sendiri oleh saya, jadi mungkin terdapat perbezaan terjemaahan
【クアラルンプール時事】14日付マレーシア紙ブリタ・ハリアンは、前日付紙面に掲載した東日本大震災に関する漫画が被災者への配慮を欠いていたとして、1面に謝罪記事を載せた。
KUALA LUMPUR, Malaysia – Akhbar Malaysia Berita Harian bertarikh 14hb, berkenaan paparan lukisan komik yang menyinggung mangsa Gempa Besar Timur Jepun yang disiarkan sehari sebelumnya, meyiarkan Permohonan Maaf di muka utama.
問題の漫画は、特撮ヒーローのウルトラマンが津波から慌てて逃げている構図。
Komik yang bermasalah berkenaan memaparkan superhero Ultraman melarikan diri dikejar tsunami.
同紙は謝罪記事で「からかう意図はなかった」などと釈明した。
Akhbar mohon maaf turut menulis dan menerangkan “tidak bertujuan mempersendakan”.
作者も謝罪するとしている。
Penulis akhbar turut meminta maaf.
漫画をめぐっては、与党議員から謝罪を求める声が上がるなど、マレーシア国内で批判が相次いでいた。
Terdapat gesaan meminta maaf daripada kerajaan dan rakyat, juga siri kritikan terhadap komik tersebut di seluruh Malaysia.
Antara komen pembaca Jepun di web
* こういった事に対して、批判の声が上がる国はまともだな
Terhadap perkara demikian, suara kritikan amat patut.
* 不謹慎な漫画だけど マレーシア国内で批判があがったのが 唯一の救い
Komik yang tidak sopan, suara kritik di Malaysia adalah penyelamat.
* 謝るのは当然のこと。
Memang sepatutnya meminta maaf
* バカにするな。人命に関わるのに不謹慎だ。
Tidak patut memperbodohkan perkara ini.Tidak sopan kerana melibatkan nyawa.
* 実物をみていないからなんともいえないが、構図がよろしくなかったんだろう。でも、批判がでるということは賢明な国だということだ。
Walaupun saya tidak melihatnya, ia adalah tidak patut. Tetapi mendapat kritikan dr rakyat menjadikan negara yang bijak.
* マレーシア国内で批判してくれてありがとう。こっちはそこまでリアクションする余裕がないので。
Terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi kritikan. Kami disini sibuk hingga tidak berkesempatan memberi reaksi seperti itu.
* でも、ウルトラマンは最後に必ず勝つ
Ultraman akan menang juga akhirnya!
* マレーシアの国民の皆さんが、日本のことを想ってこの件で批判してくれたこと、感謝したいです。
Kepada seluruh rakyat Malaysia, Terima kasih kerana sanggup memberi kritikan demi negara Jepun.
credit to saudara syazwan saedan mukhtar
P/S - Mungkin kita berasa lega terhadap reaksi positif rakyat Jepun, tapi bagi sesiapa yang ada pengalaman bersama mereka pasti ada yang tersirat jauh di ulu hati mereka dan hanya ada masa tertentu sahaja dapat mereka meluahkannya.
Memaparkan catatan dengan label Berita harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita harian. Papar semua catatan
Rabu, 16 Mac 2011
Isnin, 14 Mac 2011
Kontroversi = Minta Maaf
Semalam artikel dalam akhbar berita minggu telah mencetuskan kontroversi berkenaan tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Kartun yang memaparkan hero ciptaan negara matahari terbit itu yang gagal mempertahankan negaranya daripada bencana tsunami menunjukkan bahawa pihak berita harian seolah-olah mempermainkan bencana yang telah meragut nyawa ribuan nyawa penduduk negara Jepun. Sikap ini juga menunjukkan sikap tidak profesional akhbar itu dalam menjaga sensetiviti masyarakat.
Syabas juga kepada segelintir penduduk malaysia yang prihatin dengan perkara ini dan melancarkan petisyen mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab
akhbar berita harian tersebut. Saya ingin berkongsi video kesusahan penduduk mereka selepas bencana tersebut dan cuba kita nilaikan adakah wajar ia dijadikan lawak jenaka di kala mereka dalam kesusahan.
Saya juga ada membaca tentang laporan televisyen Jepun menyiarkan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dengan kejadian itu berkata sebegini kepada bapanya,
Si anak : やばいよ、学校へ逃げろう, でも宿題どうする?( tsunami menghala ke sekolah, tapi macam mana dengan kerja rumah?)
Bapa : 宿題のところじゃないよ (Sekarang bukan masa nak pikir pasal kerja sekolah)
Tetapi kita di sini menganggap perkara itu sebagai satu lawak jenaka.
Lagi satu yang saya kesali adalah komen orang yang dikataka wanita no 1 negara. Komen itu saya rasakan amat tidak sesuai pada ketika dan menunjukkan beliau tidak berfikiran panjang mengenai apa yang bakal berlaku pada jika bencana ini mengenai tepat pada hidung merka sendiri. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini biarlah anda semua menilainya sendiri.
Namun cukupkah dengan hanya permohonan maaf oleh akhbar terbabit? Marilah kita renungkan jikalau bencana terbabit melanda negara kita. Saya masih ingat ketika tragedi highland tower pada awal tahun 90-an dahulu. Negara matahari terbit itu merupakan salah sebuah negara yang terawal yang menghantar pasukan penyelamat ke negara kita untuk membantu pasukan bomba kita yang ketika itu serba-serbi kekurangan. Di harap pihak akhbar seharusnya peka dengan keadaan ini dan tidak hanya mengampu untuk sebelah pihak sahaja.
P/S- Sori emo sikit hari ini. Bagi aku, Jepun ni banyak beri influence jugak dalam hidup aku ni.
Labels:
Berita harian,
jepun,
Tsunami,
ultraman
Langgan:
Catatan (Atom)
