Rabu, 29 Ogos 2012

Blogspot ke dot com

 
  Aku ade jugak pasang niat untuk bertukar dari blogspot ke dot com ni. Kenapa aku pasang niat nak bertukar ke dot com? Saj-saje je sebenarnye. Macam best je ade dot com sendiri ni. Untuk bertukar ni kene la survey apa yang patut.

  syafiqrahim.com menjadi pilihan sekiranya aku bertukar ke dot com nanti. Amacam ok tak address tu? Harapnya syafiq rahim yang lain di luar sana tu belom ambik lagi la ye address tu. bagi la chance kat syafiq rahim yang satu ni.

   Lagi satu yang nak kena fikir macam mana nak setting baru apabila berpindah nanti. Aku ade jugak buat research skit-skit pasal benda ni. Dari setting FTP hingga lah setting layout yang baru. Kalau sesape yang ade follower yang ramai tu memang sayang nak bertukar takut-takut follower hilang pulak nanti. Begitu jugak kepada yang ada earning nuffnang yang beriban tu. Bertukar ke dot com ni maybe ade efek kat jumlah trafik blog mereka dan menjejaskan earning mereka.
 
    Untuk aku yang tak seberapa nak ade follower dan tak berapa nak ade earning ni maybe tak ada masalah sangat kot. ha ha ha. Ok la. nanti bila aku da decide nak berpindah mesti la kena heboh-heboh kan ye tak?

p/s : cool ke ade domain sendiri?

Khamis, 23 Ogos 2012

# Piala Malaysia 2012 (matchday 1)

 Semalam bermulanya Piala Malaysia 2012. Kebanyakan perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Agaknya pemain-pemain still dalam mood raya lagi kot. Ada jugak upset dalam beberapa perlawanan yang membabitkan pasukan-pasukan pilihan seperti Kelantan dan juga Selangor. Berikut adalah keputusan-keputusan perlawanan di samping sedutan video perlawanan-perlawanan yang berlangsung semalam.

Kumpulan A

Johor FC 0 - 0 LIONSXII
PKNS FC 1 - 1 Johor FA

Kumpulan B

Terengganu FA 2 - 0 Kelantan FA
Kedah FA 0 - 2 ATM FA

Kumpulan C

Felda United 1 - 1 Negeri Sembilan FA
Sime Darby 1 - 1 Perak FA

Kumpulan D

Sarawak FA 2 - 1 Selangor FA
Pahang FA 3 - 2 PBDKT T-Team

Sedutan perlawanan Terengganu FA 2 - 0 Kelantan FA


Sedutan perlawanan Sime Darby 1 - 1 Perak FA



Credit : Sokernet.com

Selasa, 14 Ogos 2012

Info : Jadual Perjalanan Aidilfitri 2012 PLUS

 Hari ni Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) telah mengeluarkan Jadual Perjalanan Aidilfitri 2012 untuk melancarkan perjalanan di sepanjang lebuhraya PLUS ini di samping untuk mengurangkan risiko kesesakan jalan raya pada waktu puncak. Jadual ini jugak releven sampai musim cuti kemerdekaan pada akhir bulan ogos nanti.

 Untuk perjalanan ke Selatan pada sabtu hingga isnin ini, pihak PLUS mencadangkan masa perjalanan seperti di bawah ;

  • Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi; 
  • Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
  • Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang; 
  • Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  • Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.
Untuk perjalanan ke utara pula seperti di bawah ;


  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum jam 12 tengah hari;
  • Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang; 
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah merujuk jadual di bawah ataupun pergi ke laman web PLUS

klik untuk lebih besar

 Rancanglah perjalanan anda agar tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang akan menguji kesabaran anda semua.

P/s : SR raya selatan tahun ni..hehehe

Jumaat, 10 Ogos 2012

Iklan Raya Bernas 2012 pun sayu




 Malam tadi time tengah scroll facebook tu aku ternampak pulak satu lagi iklan raya  2012 yang memang menusuk kalbu. Kali ni dari BERNAS pulak. Ok la geng.. Enjoy the video!!!!

Iklan Raya Petronas 2012 Yang Sayu



  Bila tengok video Iklan Raya Petronas 2012 , teringat zaman beraya kat perantauan dahulu. Walaupun Jepun lebih maju dan mengujakan dari Malaysia berbanding di Uzbekistan yang di paparkan dalam video ni, tapi perasaannya memang lebih kurang sama sahaja. Bila 2, 3 hari sebelum raya tu memang sayu jugak la hati ni. Lebih-lebih lagi kalau hari raya tu jatuh dalam hari yang ada kelas ataupun exam. Memang masuk exam dengan baju melayu la.

  Bila dah dapati mengalami pengalaman macam tu, memang ada betulnya peribahasa melayu ;
 Hujan Emas di negeri orang Hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

p/s ; video ni da macam short film da panjangnye

Khamis, 9 Ogos 2012

Logo Hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakyat

Klik untuk besarkan

 Hari ini ketua umum PKR mengumumkan logo sambutan hari kebangsaan versi pakatan rakyat. Kalau dilihat dari segi definisi warna serta tema logo memang agak baik karya yang dihasilkan oleh para designer pakatan rakyat.

  Di harap pihak kerajaan boleh lah mengambil inisiatif yang lebih kreatif dan kritis lepas ni sebelum membuat sesuatu perkara agar tak nampak sangat seperti 'melepas batuk di tangga' je hasilnya nanti

Selasa, 7 Ogos 2012

LCW menang perak : Baskin Robbins Tetap Free

  Khabar angin tentang aiskrim free dari Baskin Robbins tetap meneruskan aiskrim percuma walaupun LCW menang pingat perak sedang hangat diperkatakan di laman sosial facebook. Hanya menunggu pengumuman rasmi dari pihak Baskin Robbins Malaysia dan juga Media Prima.

Adakah di outlet-outlet tertentu sahaja?
Berapa scoop aiskrim yang dibenarkan?
Bila dan berapa tempoh masa yang diberikan untuk peminat aiskrim bertarung untuk dapatkan aiskrim percuma?
Sama-sama kita nantikan.

Sumber tidak rasmi@sahih
 klik gambar untuk paparan lebih jelas

P/s : Harapan masih ada...hehe

Isnin, 6 Ogos 2012

Tahniah Dato' Lee Chong Wei pingat pertama Malaysia olimpik 2012

 Semalam merupakan hari harapan pingat emas untuk Malaysia melalui perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki yang menemukan harapan negara Dato' Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya Lin Dan. Walaupun Dato' Lee Chong Wei tewas dengan rubber set, perlawanan semalam merupakan antara perlawanan terbaik LCW menentang Lin Dan.

wajah sugul ketika menerima pingat
para pemenang
wow!

 Secara keseluruhannya game semalam LCW lost like a winner. Bagi saya, satu-satunya kekurangan LCW bukan lah skill permainan atau pun teknik dalam badminton. Cuma LCW kekurangan sesuatu yang dipanggil 'keangkuhan'. Namun apa yang penting bagi saya, LCW berjaya menyerap tekanan bukan sahaja tekanan di olimpik 2012 bahkan tekanan sebagai satu-satunya pemain perseorangan yang selalu diharap dan dikerah oleh BAM untuk mengharumkan nama BAM. Persoalannya siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab besar ini pada temasya olimpik 2016?

  Akhir sekali meluat pulak tengok komen yang kurang bijak dari MP Manoharan.

shame on you!

p/s - Melepas baskin robin free..hehehee

Jumaat, 3 Ogos 2012

PREVIEW : Kawasaki Ninja 250R 2013

UPDATE TERBARUPerlancaran Kawasaki Ninja 250R 2013 11 Oktober 2012


Majlis pelancaran

putih suci bersih

Hari ni di blog-blog dan group-group permotoran, heboh memperkatakan pasal Kawasaki Ninja 250R 2013 akan di launch untuk pasaran Asia Tenggara. Tengok sekali imbas memang banyak improvement dari segi kosmetik dan juga aksesori untuk model Kawasaki Ninja 250R 2013 ni.

Antara yang mencuri tumpuan ialah facelift yang semakin cun dan garang bagi model kawasaki ninja 250R 2013 berbanding model sebelumnya. Di samping itu meter yang  lebih fancy dengan paparan halaju digital serta penambahan meter bahan api (fuel indicator) yang dinantikan oleh pecinta jentera Kawasaki Ninja 250R. Masih menjadi spekulasi lagi bila Kawasaki Ninja 250R 2013 ni akan dilancarkan di Malaysia.

Untuk tatapan para pecinta jentera ni saya sertakan beberapa foto serta video promosi edisi Indonesia...enjoice!!!!
Pandangan Depan
Pandangan udara
Penampilan menawan
Pandangan tailgate
Aksesori yg dinanti


SUMBER : FB OneThree Motorshopp, Youtube

P/s : Cun. Harap harga kompetetif

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...