Isnin, 6 Ogos 2012

Tahniah Dato' Lee Chong Wei pingat pertama Malaysia olimpik 2012

 Semalam merupakan hari harapan pingat emas untuk Malaysia melalui perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki yang menemukan harapan negara Dato' Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya Lin Dan. Walaupun Dato' Lee Chong Wei tewas dengan rubber set, perlawanan semalam merupakan antara perlawanan terbaik LCW menentang Lin Dan.

wajah sugul ketika menerima pingat
para pemenang
wow!

 Secara keseluruhannya game semalam LCW lost like a winner. Bagi saya, satu-satunya kekurangan LCW bukan lah skill permainan atau pun teknik dalam badminton. Cuma LCW kekurangan sesuatu yang dipanggil 'keangkuhan'. Namun apa yang penting bagi saya, LCW berjaya menyerap tekanan bukan sahaja tekanan di olimpik 2012 bahkan tekanan sebagai satu-satunya pemain perseorangan yang selalu diharap dan dikerah oleh BAM untuk mengharumkan nama BAM. Persoalannya siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab besar ini pada temasya olimpik 2016?

  Akhir sekali meluat pulak tengok komen yang kurang bijak dari MP Manoharan.

shame on you!

p/s - Melepas baskin robin free..hehehee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...