Memaparkan catatan dengan label Harimau Malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harimau Malaya. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2012

Singapore vs. Malaysia

Causeway derby
  Malam ni ade perlawanan persahabatan Singapura vs. Malaysia kat Stadium Jalan Besar, Singapura. Memang perlawanan yang aku nantikan kerana game dengan Singapura ni bukan hanya sekadar bola sepak. Sendiri mau faham la kan. Kepada yang pergi seberang tambak tahniah diucapkan. Berikan la sokongan yang tinggi dan jaga diri di sana.

  Kepada yang menonton di rumah, anda juga memang the best. Dari layan Euro 2012 yang sekadar hiburan tu baik tengok live malam ni jam 7:45 malam (solat magrib dulu tau untuk yang beragama Islam).

Khamis, 10 Mei 2012

Ranking FIFA Malaysia terbaru MAY 2012


 Bulan lepas team Harimau Malaya ada buat friendly lawan Sri Lanka dan menang. So hari ni aku terasa nak tengok bergerak tak ranking Malaysia kat FIFA.com dan hasilnya Malaysia naik 3 anak tangga kepada 153. Ok la tu naik jugak kan (padahal team lain takda friendly bulan lepas). Harap nye pendakian ranking ni konsisten la ye. Bulan depan ada friendly lagi lawan The Azkal (Filipina).

Selasa, 26 Julai 2011

Demi MALAYSIA

credit: N9futbol

 28 Julai ini marilah kita sabagai penyokong Malaysia turun menyokong pasukan HARIMAU MALAYA yang akan melayan kunjungan seteru utama pasukan Singapura di kubu keramat kita Stadium Bukit Jalil. Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon asia yang lebih dikenali 'causeway derby' ini amat penting demi maruah negara kita MALAYSIA. Marilah kita sama-sama jadikan Bukit Jalil sebagai neraka kepada pasukan Lions itu nanti

Ayuh semua penyokong......
Satukan Hati mu.......
Tinggikan Sorakan mu......
DEMI MALAYSIA.............
OoOoO DEMI MALAYSIA.!!!!!!!!!!!!

Rabu, 6 April 2011

Bahrain, Arab Saudi uji anak-anak buah Kim Swee?


KUALA LUMPUR - Sebelum berhadapan dengan Lebanon, skuad Olimpik negara berkemungkinan berpeluang menguji keupayaan awal mereka apabila Bahrain dan Arab Saudi dikhabarkan berminat berdepan anak-anak buah Ong Kim Swee dalam perlawanan persahabatan.
Perkara itu didedahkan oleh Kim Swee sendiri yang berkata kedua-dua pasukan terbabit berminat menjadikan Kuala Lumpur sebagai pangkalan latihan mereka sebelum berdepan lawan masing-masing pada perlawanan timbal balik pertama 19 Jun ini.
''Bahrain akan berdepan Thailand di Bangkok sementara Arab Saudi bertandang ke Vietnam pada perlawanan pusingan kedua.
''Jadi, sekiranya mereka di sini, saya lihat ia peluang yang baik buat kami mengaturkan perlawanan persahabatan dengan kedua-dua pasukan terbabit dan mereka juga sudah tentu berminat menguji kami.
''Sudah tentu satu persiapan yang sangat baik memandangkan lawan Malaysia juga dari Asia Barat dan mempunyai corak permainan yang tidak jauh berbeza," katanya yang dihubungi, semalam.
Arab Saudi dan Bahrain adalah merupakan dua gergasi Asia yang dijangka boleh mengisi empat slot untuk benua ini yang ditawarkan ke Sukan Olimpik selain Jepun, Australia, Korea Selatan dan Iran.
Jika perancangan itu menjadi kenyataan, ia semestinya satu persiapan yang baik buat skuad Olimpik negara memandangkan kedua-dua pasukan dilihat lebih kuat berbanding Lebanon berdasarkan kedudukan ranking.
Walaupun begitu, Kim Swee mendedahkan latihan pusat di Turki masih menjadi keutamaan dan segalanya bergantung kepada pelepasan yang akan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
''Saya telah menyatakan segala perancangan kepada pihak pengurusan FAM dan kemungkinan-kemungkinan yang ada jika perancangan utama saya iaitu berlatih di Turki gagal, saya juga berikan beberapa pilihan lain.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan buat masa ini pihaknya masih belum mempunyai kata putus mengenai hala tuju persiapan skuad Olimpik negara.

sumber : Utusan Malaysia

P/S - FAM ni angan-angan memang gah. 2, 3 hari sebelum game aku agak akan batal dan ganti ngan team boleh masyuk poket pegawai FAM



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...