Memaparkan catatan dengan label jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jepun. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

Entry Bisu : R . I . P

*kredit to AP*

P/S - walau berbeza agama, hiba jugak aku bila tengok..........

Selasa, 5 April 2011

Tandas Duduk vs. Tandas Cangkung

Nota: Entry ini mungkin agak menjijikan.hehe

Kali ni aku nak berkongsi dilema aku ketika berkunjung ke rumah setan ni atau lebih popular ngan nama tandas. Selalunya dilema ini kerap berlaku bila pergi ke tandas-tandas awam je. Kat sekolah asrama punye tandas jangan cerita la kat sini...memang takleh dilawan lagi keotaiannya. Dilema aku skang bukan tertumpu kepada tahap kebersihan tetapi lebih kepada jenis-jenis tandas kat Malaysia ni.

*Tandas cangkung vs. Tandas duduk*
 Masalah memilih antara tandas ni memang amat sukar. Pada zaman sekarang di kebanyakan tempat-tempat awam banyak tandas duduk ni. Bagi aku yang terlebih melayu ni amat tidak gemar menggunakan tandas ni. Antara sebab aku tak gemar tandas jenis ni disebabkan budaya kita yang menggunakan air sebagai alat penyuci najis. Bila guna air ketika di tandas menyebabkan permukaan tandas ini jadi basah dan tidak selesa untuk kita duduk diatasnya untuk mencari ilham. Jika air tidak digunakan dan medium lain seperti tisu disediakan bagi aku takda masalah nak jadikan tandas ni sebagai feveret ketika berkunjung ke sana.

*kesan tapak kasut* 

Lagi satu sebab, orang Melayu kita ni da terbiasa tandas cangkung dan bila guna tandas duduk pun segelintir diulangi segelintir orang kita selamba je menyangkung atas tandas duduk ni tanpa mengira risiko yang bakal menimpa serta meninggalkan tapak kasut di mangkuk tandas itu

*simulasi : jangan tiru aksi ini* 

Disebabkan penggunaan air tadi aku lebih cenderung memilih tandas cangkung sebagai pilihan walaupun terpaksa menunggu lama kerana lebih selesa kerana tiada tubuh badan yang bersentuhan dengan mangkuk tandas itu.

*tandas feveret*

*tandas idaman*

P/S - Tandas Jepun kebanyakan ade washlet. Main tembak-tembak je..hehe  

Jumaat, 25 Mac 2011

Nostalgia di Jepun part 1: Hanami

Nota
Hanami = Tengok bunga

Pas setahun aku tinggalkan Jepun tetibe malam ni ada sikit feeling rindu life kat sane sebab tarikh 23 mac 5 tahun yang lepas adalah kali pertama jejak negara matahari terbit ni agaknye.hehe Kali ni aku nak cite skit pasal hanami ni. Kalau ikutkan mase aku mule-mule sampai Jepun ni aktiviti ni merupakan antara aktiviti pertama orang jepun yang aku kenal.Selama aku 4 tahun kat sana memang takkan penah miss aktiviti ni aku rase.

*tahun 2007 masih kurus*

*2007 jugak*
Pada orang jepun aktiviti ni ialah berkelah kat bawah pokok sakura yang tengah kembang mekar..bukan bunga harum sundal malam tau..hehe. Diorang slalu lepak berkelah kat bawah pokok sakura yang memang banyak kat taman-taman awam ni. Antara aktiviti yang diorang buat mase berkelah tu ialah barbeku sambil minum arak mabuk-mabuk dan jugak main ngan anak.

*2008 malam hari*

*begitu jua 2009*
Aktiviti ni memang tak kira siang atau malam dan makin hebat bila ujung minggu. memang kena booking tempat sehari sebelum  dan siap buat pagar sendiri lagi taknak kasik orang amik tempat. Kitorang orang malaysia slalu nya barbeku dan berkelah ala-ala mak ngah pegi port dickson je..takde la sampai mabuk-mabuk ni ye.hehe memang feeling abis la hanami ni bagi aku lebih-lebih lagi kalau pegi time separa luruh tu..memang jepun abis la orang cakap.hehe ni gambar setiap tahun hanami dari mule-mule sampai hinggalah aku siap grad dengan selamatnye (alamak..gamba mule-mule sampai takde sebab tak sempat beli kamera)  papepon memang enjoooy!

Isnin, 21 Mac 2011

Pasca Tsunami : Semakin Bertimbun

Tsunami dan gempa dah lebih seminggu melanda. Sekarang meja aku kat opis ni plak bakal dilanda tsunami sebab still banyak model delay. Komunikasi dengan HQ masih tak dapat lagi sebab HQ masih tak dapat bekalan elektrik, air dan telefon. So information pasal model-model yang delay ni masih samar-samar. Kalau da OK nanti komunikasi ni maka tsunami bakal melanda aku walaupun diramalkan tiada kehilangan nyawa mahupun harta benda yang berlaku.

Ujung minggu aritu aku aktiviti aku banyak di rumah je. Aku tertarik dengan satu video yang menunjukkan aktiviti nelayan jepun membunuh ikan lumba-lumba ataupun dolphin. Leh tengok kat link ni
l
l
V
http://www.facebook.com/video/video.php?v=197633213591554&oid=129735167087194&comments

Ada jugak la komen-komen yang kate memang patut diorang kene tsunami bagai sebab seksa binatang. Aku tak salahkan mereka komen macam tu. Bagi aku nelayan di sana bunuh dolphin ni sebab itu menjadi makanan mereka dan menda ni bukan majoriti bagi mereka . Kat sana mereka pon ade makan daging ikan paus tapi kuantitinya tak banyak la. Kita tak leh salahkan mereka 100% sebab mereka ni takda agama. Mase aku belajar dulu pun diorang ade gak persoal cara Islam sembelih binatang yang agak ektrim katanya. Aku cite la detail skit pasal putuskan urat merih ape bagai tu dan diorang leh paham.
*kredit to owner*

So bagi aku sebab utama diorang bunuh dolphin secara ektrim ni adalah takde pegangan agama. Korang setuju tak? Lebih baik kita tengok apa yang positif kat diorang masa lepas bencana ni seperti tak berebut masa beli makanan dan jugak takde yang ambil kesempatan curik, rompak kedai-kedai yang kene bencana. So tepuk dada tanya selera ye.
*beratur dan terus beratur*

P/S- Penah try daging paus dulu..rase macam makan daging lembu..hehe

Selasa, 15 Mac 2011

Keadaan selepas Gempa dan Tsunami di Jepun

Ini email daripada salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun. Sekadar ingin berkongsi keadaan sebenar di sana.

Waalaikumsalam,

Saya Syafiq Fauzi Bin Kamarulzaman pelajar University of Tsukuba, di Tsukuba, Ibaraki. Kami sekarang dengan keadaan selamat di Tsukuba, cuma kebanyakan daripada kami masih lagi dalam keadaan trauma dari gempa kuat yang berlaku di Miyagi. Alhamdulillah, bekalan air, elektrik dan gas masih berjalan seperti biasa cuma kebanyakan pasaraya, stesen minyak dan "convinience store" telah kehabisan bekalan atau bekalan terhad. Keadaan pelajar Malaysia di sini adalah terkawal dan baik buat masa sekarang.

Buat masa ini, kami sedikit cemas apabila reaktor ketiga Fukishima daiichi meletup, kerana mengikut sumber tertentu, kesan radiasi mula dikesan di kawasan linkungan 100km dari tempat kami, ditambah pula reaktor ke-4 dikhuatiri terbakar. Mengikut amaran dari televisyen, kami tidak digalakkan keluar ( atau keluar dengan Mask dan basuh semua jacket kami selepas keluar).

Pada 11Mac yang lalu, sejurus selepas gempa, kami keputusan bekalan elektrik, air & signal telefon. Pada masa itu, saya berada di rumah. University kami mengarahkan evakuasi bagi beberapa kawasan hostel dan blok makmal akibat kekhuatiran kebocoran gas. Sesetengah pelajar Malaysia telah menginap di kawasan evakuasi (salah satu kampus universiti) yang masih ada bekalan elektrik dan selebihnya berkumpul dan bermalam di rumah pelajar tertentu dalam kesejukan malam tanpa bekalan air, elektrik atau gas. Kami yang masih trauma akibat gempa kuat bertambah cemas apabila gegaran susulan yang kuat berterusan setiap 10 hingga 20minit dalam 2 hari. Alhamdulillah, gegaran susulan berkurangan buat masa ini.

Saya meminta kerjasama rakyat Malaysia untuk tidak panik dan memperbesarkan situasi kami di sini kerana kerajaan jepun bertindak dengan effisyen dalam memastikan keselamatan penduduk. Kami juga terharu dengan sikap penduduk Jepun yang tenang, berdisiplin dan sentiasa teratur dalam menghadapi situasi ini. Kerajaan Jepun telah memastikan keselamatan dan kesan reaktor nuklear tersebut semasa pembinaan lagi dan saya sebagai pelajar kejuruteraan sangat kagum dengan ketahanan reaktor tersebut walaupun bencana yang menimpa lebih dari apa yang mereka sangkakan. Saya cuma berharap, kerajaan Malaysia prihatin dan peka dengan situasi penduduk di kawasan Touhoku dan Utara kantou agar tindakan susulan boleh diambil dengan pantas terhadap pelajar Malaysia di sini sekiranya keadaan bertambah buruk.

SFK

Master Student

Graduate School of System & Information Engineering

University of Tsukuba

Credit to atuk untuk email ni.

P/S : Harap ahli keluarga dan sanak-saudara mereka dapat bertenang dan doakan keselamatan mereka.

Isnin, 14 Mac 2011

Kontroversi = Minta Maaf

*kredit kepada empunya gambar*

Semalam artikel dalam akhbar berita minggu telah mencetuskan kontroversi berkenaan tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Kartun yang memaparkan hero ciptaan negara matahari terbit itu yang gagal mempertahankan negaranya daripada bencana tsunami menunjukkan bahawa pihak berita harian seolah-olah mempermainkan bencana yang telah meragut nyawa ribuan nyawa penduduk negara Jepun. Sikap ini juga menunjukkan sikap tidak profesional akhbar itu dalam menjaga sensetiviti masyarakat.

Syabas juga kepada segelintir penduduk malaysia yang prihatin dengan perkara ini dan melancarkan petisyen mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab
akhbar berita harian tersebut. Saya ingin berkongsi video kesusahan penduduk mereka selepas bencana tersebut dan cuba kita nilaikan adakah wajar ia dijadikan lawak jenaka di kala mereka dalam kesusahan.



Saya juga ada membaca tentang laporan televisyen Jepun menyiarkan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dengan kejadian itu berkata sebegini kepada bapanya,

Si anak : やばいよ、学校へ逃げろう, でも宿題どうする?( tsunami menghala ke sekolah, tapi macam mana dengan kerja rumah?)
Bapa : 宿題のところじゃないよ (Sekarang bukan masa nak pikir pasal kerja sekolah)

Tetapi kita di sini menganggap perkara itu sebagai satu lawak jenaka.

Lagi satu yang saya kesali adalah komen orang yang dikataka wanita no 1 negara. Komen itu saya rasakan amat tidak sesuai pada ketika dan menunjukkan beliau tidak berfikiran panjang mengenai apa yang bakal berlaku pada jika bencana ini mengenai tepat pada hidung merka sendiri. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini biarlah anda semua menilainya sendiri.




Namun cukupkah dengan hanya permohonan maaf oleh akhbar terbabit? Marilah kita renungkan jikalau bencana terbabit melanda negara kita. Saya masih ingat ketika tragedi highland tower pada awal tahun 90-an dahulu. Negara matahari terbit itu merupakan salah sebuah negara yang terawal yang menghantar pasukan penyelamat ke negara kita untuk membantu pasukan bomba kita yang ketika itu serba-serbi kekurangan. Di harap pihak akhbar seharusnya peka dengan keadaan ini dan tidak hanya mengampu untuk sebelah pihak sahaja.

P/S- Sori emo sikit hari ini. Bagi aku, Jepun ni banyak beri influence jugak dalam hidup aku ni.

Selasa, 1 Mac 2011

Pengalaman Bersama Gunung Berapi

*Gunung Sakurajima*

Hari ni aku nak cerghite skit pasal pengalaman aku mase study kat Jepun (tak niat nak up diri pon tau..hehe) dulu. U aku terletak di 'Ken' (prefecture) yang ade gunung berapi iaitu Kagoshima-ken. Guning berapi tu nama die Mt. Sakurajima. Gunung berapi ni adalah salah satu gunung berapi kat Kagoshima ni dan jugak merupakan antara yang teraktif kat Jepun mahupun di dunia ni. Sakurajima ini kalau nak ikutkan nama die adalah gabungan sakura (bunga) + shima (pulau) = sakurajima (pulau sakura) setelah mengalami evolusi sebutan sejak berkurun lamanya (ni bukan fakta tapi aku main agak je...kikiki).

*Mula meletup*

Masa mula-mula sampai dulu memang kaget, takut, cuak dan seangkatan dengannye bila pertama kali tengok sakurajima ni meletop dan memuntahkan debu-debu yang berterbangan di udara. Macam nak kiamat je aku rase time tu sebab tetiba je langit jadi mendung dan debu turun macam salji. Agaknye kalau time tu nyanyi lagi suci dalam debu mesti feeling abis....haha.

*Antara kejadian depan mata*

Lepas 4 tahun aku duduk kat sini, da lali sangat da dengan abu dan debu gunung berapi ni. Setakat jemur baju putih jadi kelabu dan naik basikal sambil mengalirkan air mata akibat masuk abu memang da biasa. Paling kurang seminggu sekali mesti mau rasa. Rasa tak tenteram seminggu tanpa abu gunung berapi ni.

Dekat pulau yang aku penah duduk ini iaitu Kyushu (Pulau kedua terselatan selepas Okinawa) ada banyak lagi gunung berapi. Ada yang boleh naik sampai kawah tapi yang tu takdela lavanye. Just ade kolam air kaler ijau je. Em ok la enjoy la gambor-gambor yang sempat digodek dari simpanan ni walaupun tah hape-hape...hehe

*Kolam dalam kawah*


p/s- Tengah teringat zaman dulu kala.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...