Selasa, 14 Ogos 2012

Info : Jadual Perjalanan Aidilfitri 2012 PLUS

 Hari ni Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) telah mengeluarkan Jadual Perjalanan Aidilfitri 2012 untuk melancarkan perjalanan di sepanjang lebuhraya PLUS ini di samping untuk mengurangkan risiko kesesakan jalan raya pada waktu puncak. Jadual ini jugak releven sampai musim cuti kemerdekaan pada akhir bulan ogos nanti.

 Untuk perjalanan ke Selatan pada sabtu hingga isnin ini, pihak PLUS mencadangkan masa perjalanan seperti di bawah ;

  • Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi; 
  • Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
  • Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang; 
  • Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  • Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.
Untuk perjalanan ke utara pula seperti di bawah ;


  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum jam 12 tengah hari;
  • Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang; 
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah merujuk jadual di bawah ataupun pergi ke laman web PLUS

klik untuk lebih besar

 Rancanglah perjalanan anda agar tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang akan menguji kesabaran anda semua.

P/s : SR raya selatan tahun ni..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...