Rabu, 24 Februari 2010

Japan Dark Side Part 1: Bousouzoku @ Rempit Jepun

Tengah malam ni macam biasa lah pegi terjah blog-blog orang.Tetiba je aku dengar bunyi moto memekak dari jalan sebelah umah aku ni.Jalan sebelah umah aku ni boleh dikatakan antara jalan yang sibuk la kat tempat aku ni.lepas je bunyi moto tu datang pulak bunyi siren kereta polis.memang macam malam minggu kat kl plak.adegan kejar mengejar mat-mat rempit dengan polis.jangan ingat malaysia je ade mat rempit ni.Jepun pon ade gak mat rempit macam malaysia.ok la jom aku nak cerita skit pasal mat rempit jepun ni.

Mat rempit jepun ni dikenali sebagai bousouzoku.Kalau sesape ade baca komik GTO(Great Teacher Onizuka), Onizuka tu dulu leader Mat rempit Jepun cawangan Shonan, Negeri Kanagawa(pelik la plak bunyinye..hahaha).Bousouzoku dalam hirarki dark side jepun ni geng paling bawah.Purata umur bousouzoku ni antara umur 16 tahun hingga 30 tahun.kira sama la dengan mat rempit malaysia kan.Satu kelainan bousouzoku dari mat rempit malaysia diorang bukannya berlumba haram sesama sendiri tapi lebih kepada menggangu ketenteraman awam seperti buat bising dengan moto diorang dan langgar lampu merah.

*diorang tengah buat kacau*

meh aku nak tunjuk moto yang diorang guna untuk merempit.moto diorang ni memang direka untuk membuat bising.Laju nye ntah la.bulih ke laju kalu moto macam kat bawah ni?

*amacam lawak tak moto tu.aku pun pelik dengan taste mat rempit jepun ni*

diorang ni selalunya bekerja sebagai buruh binaan kat jepun.geng bousouzoku ni ade trademark sendiri iaitu baju-baju yang pelik dan menggelabah, bendera imperial jepun dan lain-lain lagi.Baju-baju diorang ni diadaptasi daripada baju pejuang kamikaze jepun dulu-dulu(ala yang datang menjajah malaysia tu)selalu ditulis dengan ayat yang patriotik berkaitan pasukan kamikaze jepun(yang ni aku cedok dari wikipedia la..hehe)

*menggelabah tak dressing diorang?*


Diorang punye hari special pada 1 Januari setiap tahun.Pada hari tu diorang akan beramai-ramai konvoi ke Gunung Fuji sambil membuat kacau cam tak bayar tol dan membuat bising sampai pagi.Memang konfem polis wat rush.Aku pnah gak la tengok camna diorang kene tahan dalam dokumetari kat tv.

*bila polis wat rush*

Paling aku menyampah dengan diorang ni diorang memang rasist dengan foreigner macam aku.Penah skali aku balik dari part time job kena tahan dengan diorang tapi naseb baik tetiba ade keta polis tengah meronda.selamat aku hari tu.hehe. ok la da banyak aku mengarut ni.sory la kalau ade kekurangan dari segi skill menulis entry.memang olahan dan susunan memang tahap minimum punye.just nak berkongsi pengalaman dark side masa duk sini je.ikut la yang baik sahaja dan jauhi la segala yang buruk.kalau ada teguran bagai sila komen jangan segan-segan.

p/s:jauhi gejala rempit, jadila orang yang berguna(poyonye ayat..haha)




9 ulasan:

  1. wah uniform, flowy sgt tu. kang tersangkut kat tayar cmne?
    uniform rempit kita adalah
    skinny jeans, colar up tshirt and popping colour sunglasses even in the darkest shopping complex.

    BalasPadam
  2. aku ingat kat malaysia je ade mat rempit..kat jepun pun ade?hehe..
    tapi seyes aku minat motor mat rempit diorang..macam crite suria baja hitam dulu2 punyer..=p..

    BalasPadam
  3. @hani:diorang bawak slow2 je.tak sangkut..hehe

    @jarijujur:ade do.tapi wat bising je.bukan belumba.memang unik moto diorang tapi lampu tinggi gile.

    BalasPadam
  4. moto diorg sgt takleh blah...
    hahahaha..
    aku suka, dpat sebijik nk gak gi ronda KL smbil kena kutuk...
    hahahaha

    BalasPadam
  5. Hoho..Hurm..tak sangkaa! Ada juga rempit kat sana. Tapi Jepun punya macam lagi besh jeh budak rempit diorang! :)
    Baju and moto pon smart!

    Salam!

    BalasPadam
  6. mnggelabah gile mat rempit tuh.. hoho.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...