Selasa, 2 Mac 2010

Jalan-Jalan Carik Makan:Japanese Cuisine

nota : entry ini panjang dan minta maaf jika gambar-gambar yang menjolok mata.

ari semalam 1 mac 2010.sedar tak sedar aku da masuk bulan last aku kat jepun ni. pergh! sekejap gila 4 tahun.rasa cam baru je datang jepun minggu lepas, teringat plak zaman-zaman baru sampai kat tanah jepun ni(sedar la diri skit.ko tu da tua.haha!).

masa aku baru sampai dulu, benda yang menjadi masalah besa kat jepun ni ialah bab-bab makanan.ye la tau-tau je la kan negara kaf alip pir ni.haha daging-daging especially ba alip ba ya memang bertahta dihati diorang ni.tapi orang jepun sangat suka makan makanan laut atau lebih barat lagi seafood.

*lu brani ke nak makan gua!?haha*


ini hari aku tak nak cite kepayahan aku mencari makanan yang halal kat jepun ni tapi aku nak cerita makanan yang menjadi top 5 feberet aku semasa berkelana kat jepun ni.bagi aku yang tak banyak ragam dalam pemakanan ni makanan jepun(yang halal je ok) sedikit sebanyak da menjadi antara makanan feberet aku gak la.

korang jangan la compare ke'heaven'an makanan jepun ni ngan nasik lemak bagai.memang far away la kata omputih. makanan jepun ni kebanyakan(or semua la senang) memang sangat light dari segi kemasinan atau kemanisan ni.cuba bayang kan ko makan sup yang dibuat dengan rebus ikan ngan air pastu campak kicap satu sudu makan.amacam?dapat bayangkan tak?haha

ok la kalau nak cita pasal dark side makanan jepun memang tak cukup satu entry.haha di tangga kelima makanan yang aku paling suka ialah sakana no karaage(ikan goreng tepung).ikan ni selalu dihidangkan dengan semangkuk nasik, semangkuk sup dan sepiring sayur jeruk.ikan ni selalunya diperap dengan garam secubit dan disalut dengan tepung ubi pastu dicampak kedalam deep fryer yang bersuhu 180 degree sehingga garing.tahap garing ikan ni hingga aku leh kunyah kepala ikan ni dengan selambe tanpa dijangkiti kancing gigi(ade kaitan ke????).


*ikan goreng feberet aku*

di tangga keempat, oden(macam2 rebus).menda ni amat fofuler la pada musim sejuk.di kala kesejukan malam winter menyelinap ke sum sum hitam, makan oden sambil menghirup dashi (air rebusan) memang terasa ke'hangat'annya menyelebungi tubuh.hahaha dashi oden ni ialah air rebusan rumpai laut, dried seafood serta sedikit kicap jepun sebagai perasa.

selalunya aku bli perencah yang siap kat kedai je(konfem halal aku da katam da kandungan dia.hehe). bahan-bahan yang direbus plak telur rebus, lobak putih, rumpai laut, fish cake dan macam-macam lagi. aku memang buat sendiri je oden ni memandangkan kalau yang dijual di 7eleven jepun ni memang dia rebus skali ngan perut lembu dan sosej babi(konfem haram beb!).


*oden yang amat simple tapi heaven*

kita da masuk ke top 3 makanan feberet aku kat jepun ni.hehe makanan ni kire antara makanan eksotik la kat jepun ni.nama dia uni-don atau nama melayunya nasi landak laut(sea urchin rice bowl).haha amacam?gerun tak korang dengar?mende ni bukan la kulit landak laut yang kaler itam dan tajam tu.dia ialah isi landak laut yang berwarna kuning keorenan.kalau sekali tengok nampak macam telur ikan parang je.rase camne?rase die macam korang makan sesuatu yang berlemak yang rasa air laut.haha tapi memang sedap la.kalau korang datang jepun memang aku sangat rekemenkan mende ni.

*nasik landak laut a.k.a uni-don*

di tempat kedua jatuh kepada.....abang sushi!!!sushi ni aku rase takyah cite ngan detail la kan.memang tipikal jepun memang terkenal ngan sushi nye.aku nak tekankan kat sini sushi jepun takleh compare ngan sushi king kat mid valley ataupun sushi longgok kat JUSCO.kalau korang rase loya tekak masa makan sushi kat malaysia, makan yang jepun ori memang akan jatuh chenta macam aku.dulu sebelum aku datang jepun muntah beb dalam sushi king mid valley. wat malu kat orang je.tapi pas makan sushi kat sini memang aku jadi ketagih.paling cikai 2 minggu sekali pegi hadap sushi pusing.kalau ari dapat loan tu up skit pi sushi kaunter.memang 'heaven' .aku nak kenal kan skit sushi-sushi yang agak 'rare' kat mesia(kot kalu aku tak silap la) .hehe

*keadaan kedai sushi putar*

*sushi landak laut feberet*

*sushi pati ketam*

dan pemenangnya ditempat pertama..takoyaki atau nama manjanya cekodok sotong(bentuk dia bulat cam cekodok.haha).menda ni memang aku paling ketagih.baru je aku hadap menda ni semalam pas bosan-bosan round-round kat AEON.aku lebih prefer yang celup dalam kicap jepun cair campur lobak putih(kalu orang johor macam cicah sambal kicap la.haha).bagi aku sedap dia bagai tak leh diungkap dengan kata-kata.cam budak-budak belajar puasa dapat segelas air sirap sejuk masa berbuka kot nikmat dia tuh..haha


*takoyaki pujaan hatiku*

takoyaki ni slalu aku beli aje sebab nak buat dia kene ade kuali khas yang berlubang-lubang.nak buat takoyaki ni memang memerlukan seni yang bukan sume orang ade.tak cukup skill memang takoyaki korang akan bertompok-tompok cam lembu new zealand(tak sekata hangus dia).ni ade skit video orang wat takoyaki.hehe luar dia garing tapi dalam dia juicy..pastu celup lak dalam kuah yang sejuk dan mild..memang ter'baeeeek'




ok la.amacam?berjaya tak aku buat air liur korang meleleh ?ape?tak berjaya? tak pe kalu ade kurang jangan malu segan komen yek..hehe

p/s- papepon malaysia cuisine memang no.1 terutama masakan bonda terchenta..hakhak

19 ulasan:

  1. sushi...sedap tu..

    BalasPadam
  2. sy pn da jatuh ati ngn takoyaki tu...tp kt msia ni kena cr kt jusco je, ade booth 'takotao'.rs nye tmpt len xde...mahal gak, 3 bijik RM4.30...tp sbb sdp, xkesah pon...hehehe

    BalasPadam
  3. yeke?mahal nye.blk malaysia nnt leh la bkk gerai takoyaki satu.hehe

    BalasPadam
  4. dr lima mknan tu, cuma berkenan dgn takoyaki jek. yg len cam xbest jek.hehe

    BalasPadam
  5. aku pon slalu gi melahap takoyaki kt jusco tuh...
    siot arr, mahal...
    tp kalo compare dgn yg jepun punye musti berbeza gile sbb yg buat takoyaki kt jusco tu mamat indon..
    siot sungguh!!!

    BalasPadam
  6. yeke?sume orang suke takoyaki yek?market baik ni klu bukak gerai macam gerai burger..hehe

    BalasPadam
  7. ikan goreng memang sodappp..hehe

    BalasPadam
  8. salam syafiq...akak memang tak leh telan sushi kat sini...cam bau hanyir ajer..

    acuan takoyaki ada...tapi tak buat buat lagi ni..sebab mcm tak yakin nak membuatnya..tunggulah bahan dah jumper kat jj kat mid valley barulah boleh buat..

    nak gi mid tu malas tul lah..

    BalasPadam
  9. cube akak tgk youtube cara2 balik kuang takoyaki tu.pastu leh la akak prektis..hehe

    BalasPadam
  10. menakutkan kepala tuhh. uhuhh. takleh tido malam ni...

    BalasPadam
  11. wahh!! best ye takoyaki~ tapi takoyaki dari jepun mesti lagi sedap dari jusco punya..eheheh..
    eh kejap..sedap ke landak laut.. hehe

    BalasPadam
  12. wow, mantap sih die tebalik2 takoyaki tuh... hurm, meleleh~~~ (mn nk jmp takoyaki kat cni?? ding! ding!) *singgah lalu~*

    BalasPadam
  13. sory lamo tak jenguk..landak laut mmg best.hehe
    kat malaysia kat jusco ade tapi tak penah try.

    BalasPadam
  14. teringin sangat nak pi jepun... nak jumpe cikgu bahasa jepun Peja dlu... Rie Yamagami ngan Hisako... Dua2 duk kat fukuoka... Waaa, rindu kt depa...

    BalasPadam
  15. oo syafik 'org' jepun gak eii.. hehe.. nama anak akak pun syafik, 11 sai, beranak di Mie Japan. takoyaki atau apa2 yaki2.. okonomiyaki selalu sangat akak buat kat rumah.. dah feveret kami semua termasuk opah tok2 kt kg, semua org suka bila try suap hoho.. memang best jugok makanan jepun ni rupanya.. kata opah..hihi ... :)

    BalasPadam
  16. @dayana
    memang sedap wei

    @peja
    blaja bahasa jepun kat mana dulu?

    @Kak eiza
    Saya bekas 'org' je. takoyaki ni ade la rase skit. yang lain banyak tawar2 je.

    BalasPadam
  17. dlu balaja bahasa jepun kt skolah je...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...