Jumaat, 11 Mac 2011

HURU-HARA=TERGENDALA

Hari ni dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda kepulauan utara Jepun dengan magnitud 8.8 pada skala ritchter. Gempa bumi berkenaan turut membawa bencana tsunami yang melanda pesisiran pantai timur negara matahari terbit itu dengan ketinggian di antara 2 hinnga 10 meter. Di harap rakan-rakan aku yang ada kat sana semua selamat hendaknye. Tempat aku belajar dulu alhamdulillah selamat kerana tempat tu di selatan Jepun so maybe arus tsunami pada ketinggian berskala 2 meter sahaja yang melanda pantai Kagoshima.



*sumber:CNN*


Huru-hara=tergendala ni sebenarnye melanda kilang aku tadi sebaik saje gempa bumi ni melanda. Yelah bos-bos Jepun aku kebanyakan berasal dari kawasan yang teruk terjejas. Huru-hara gak la diorang nak contact family masing-masing bertanyakan khabar berita.. GM minna bujininaruyouni (sume selamatla hendaknye)..hehe



*Tsunami*



Yang tergendala pulak penantian data untuk kerja aku yang aku tunggu sejak rabu lepas. Main factory aku ni kat Miyagi-prefecture salah satu kawasan yang paling teruk kena gempa. Tadi GM cakap mesin-mesin, komputer serta plant kat sana teruk terjejas. So data-data design sume tak dapat dihantar ke sini. Mule-mule aku rasa lega sebab ari ni kire free-time tapi bila pikir dateline untuk prototype semakin suntuk terpaksa la bekerja dengan tekanan pasni... Lebih-lebih lagi plant kat sini bakal kene support production plant Jepun maka aku terpaksela bersedia untuk bebanan kerja yang melampau minggu depan...(+_+)



P/S- Kepada member-member kat sana..semoga selamat wei. syukur zaman aku dulu takde seteruk camni.

4 ulasan:

  1. pakar ekonomi meramal, efek gempa bumi ni bakal beri kesan kepada ekonomi Malaysia jangka pendek dan jangka panjang...
    Mungkin ini yang kau bakal hadapi kot, kan?

    BalasPadam
  2. agak la.maybe efek jugak terutama kilang aku.hehe

    BalasPadam
  3. kalau ada apa-apa perkembangan dan pengalaman dari rakan-rakan anda di sana, boleh dibuat entry yg amat berharga di sini.

    ye, akibat gempa ini akan memberi efek yg amat banyak pada dunia.

    BalasPadam
  4. ondscene : Saya akan cuba dapatkan info terkini kalau dapat hubungi mereka

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...