Isnin, 14 Mac 2011

Kontroversi = Minta Maaf

*kredit kepada empunya gambar*

Semalam artikel dalam akhbar berita minggu telah mencetuskan kontroversi berkenaan tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Kartun yang memaparkan hero ciptaan negara matahari terbit itu yang gagal mempertahankan negaranya daripada bencana tsunami menunjukkan bahawa pihak berita harian seolah-olah mempermainkan bencana yang telah meragut nyawa ribuan nyawa penduduk negara Jepun. Sikap ini juga menunjukkan sikap tidak profesional akhbar itu dalam menjaga sensetiviti masyarakat.

Syabas juga kepada segelintir penduduk malaysia yang prihatin dengan perkara ini dan melancarkan petisyen mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab
akhbar berita harian tersebut. Saya ingin berkongsi video kesusahan penduduk mereka selepas bencana tersebut dan cuba kita nilaikan adakah wajar ia dijadikan lawak jenaka di kala mereka dalam kesusahan.



Saya juga ada membaca tentang laporan televisyen Jepun menyiarkan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dengan kejadian itu berkata sebegini kepada bapanya,

Si anak : やばいよ、学校へ逃げろう, でも宿題どうする?( tsunami menghala ke sekolah, tapi macam mana dengan kerja rumah?)
Bapa : 宿題のところじゃないよ (Sekarang bukan masa nak pikir pasal kerja sekolah)

Tetapi kita di sini menganggap perkara itu sebagai satu lawak jenaka.

Lagi satu yang saya kesali adalah komen orang yang dikataka wanita no 1 negara. Komen itu saya rasakan amat tidak sesuai pada ketika dan menunjukkan beliau tidak berfikiran panjang mengenai apa yang bakal berlaku pada jika bencana ini mengenai tepat pada hidung merka sendiri. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini biarlah anda semua menilainya sendiri.




Namun cukupkah dengan hanya permohonan maaf oleh akhbar terbabit? Marilah kita renungkan jikalau bencana terbabit melanda negara kita. Saya masih ingat ketika tragedi highland tower pada awal tahun 90-an dahulu. Negara matahari terbit itu merupakan salah sebuah negara yang terawal yang menghantar pasukan penyelamat ke negara kita untuk membantu pasukan bomba kita yang ketika itu serba-serbi kekurangan. Di harap pihak akhbar seharusnya peka dengan keadaan ini dan tidak hanya mengampu untuk sebelah pihak sahaja.

P/S- Sori emo sikit hari ini. Bagi aku, Jepun ni banyak beri influence jugak dalam hidup aku ni.

2 ulasan:

  1. nilai sensitiviti kurang...
    bg kes berita harian, aku anggap salah terletak kpda si pelukis dan si editor..
    bg kes rosmah, dia kurang ilmu utk berkata sedemikian...

    BalasPadam
  2. you're right cero. bagi aku rosmah ni lebih sudu dari kuah.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...