Rabu, 20 April 2011

Apa salah nasi lemak?!

*Sempoi & lazat*

Hari ni aku nak cita pasal makanan yang boleh dikatakan feveret sepanjang zaman untuk aku. Aku rasa sume orang kat Malaysia ni tau ape tu nasi lemak. Sape yang taktau apa itu nasik lemak boleh lah amik ic anda dan guntingkannya seperti nak dispose credit card expired ye...hehe nasik lemak ni boleh dikategorikan sebagai makanan berhantu. Kalau kene sedapnye boleh jadi ketagih. Zaman sekarang nasi lemak bukan hanya sebagai sarapan. Bole dikatakan pagi petang siang malam orang makan nasi lemak. Antara nasi lemak berhantu yang aku tau kat malaysia ni ialah nasi lemak antarabangsa, nasi lemak 7posen dan lain-lain lagi. Kalau ade sesape tau nasik lemak yang berhantu yang lain boleh la kongsi-kongsi kat sini ye..hehe

*Ni versi 70sen*

Tapi ade pihak nak salahkan nasik lemak penyebab obesiti di kalangan bebudak sekolah. Come on la weii...budak sekolah makan nasik lemak hari-hari ke? Kantin takde jual makanan lain ke? Makan mee goreng tak gemuk ke? memang tak dinafikan nasik lemak ni makanan yang banyak lemak tapi bagi aku ni sume berlaku sebab cara hidup bebudak tu sendiri. Zaman sekarang jarang aku tengok bebudak bermain-main pada petang lebih-lebih lagi kat bandar ni. Mungkin juga ibu bapa terlalu risaukan anak-anak bila main kat luar so kurung sahaja mereka kat dalam rumah dan sogokkan mereka ngan cite kartun astro atau galakan diorang main internet macam korang sume skarang ni.hehehe
Jadi menghalang jualan nasik lemak kat kantin sekolah merupakan tindakan yang kurang bijak bagi aku. Nasi lemak ni da kira macam makanan kebangsaan. Melayu, Cina, India semua makan nasi lemak. 1malaysia cintakan nasi lemak!

*Makan ni baru gemuk!*

P/S - aku paling suke nasik lemak rendang ayam sebelah gedung harian pilah dulu-dulu.

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...